Selasa, 31 Mei 2011

~MaAfKanKu TeMAn~

~ TEMAN..
AKU ADALAH INSAN BIASA..
TAK LARI DARI LALAI DAN LEKA..
MUDAH TERJERUMUS KE LEMBAH DOSA..
ENGKAULAH PEMBERI ILHAM MENUJU YANG ESA..

~AKU TAHU JIWAMU CUKUP TERGANGGU OLEH SIKAPKU..
KESILAPANKU SERING MENGHAMBAT EMOSIMU..
SIKAPKU SELALU MENGGANGGU RUANG DI HATIMU..
WALAU KETENANGAN YANG DIKAU RINDU..

~DALAM IKATAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN….
NAMUN KU TETAP TIDAK TERLEPAS MENYAKITIMU..
DIKALA KITA BERSUA ATAUPUN BERSEMUKA..
NAMUN ENGKAU MASIH TETAP MENAHAN LUKA..
TETAP BERSABAR MELAYANI KERENAHKU INI..

~ KITA BERSAMA-SAMA MENEMPUH PERJALANAN DUNIAWI..
PERJALANAN YANG MASIH JAUH UNTUK DIHARUNGI..
KU HARAP PERSAHABATAN AKAN TERJALIN..
WALAU KITA AKAN BERJAUHAN JUA PADA SUATU KETIKA NANTI..

~TEMAN..
MAAFKAN DAKU..
ATAS SEGALA YANG TELAH BERLAKU..
AKAN KU CUBA MEMPERBAIKI KESILAPANKU..
DENGAN HARAPAN SENYUMAN YANG TERUKIR DI WAJAHMU..
SEMOGA KAU HIDUP SEJAHTERA..
DALAM RAHMAT DAN INAYAH YANG MAHA ESA..

Isnin, 30 Mei 2011

Ku KUat KeranaMU Ya Allah...

Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku perolehi...

Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan...

Terkadang aku tertawa-tawa bahagia dengan anugerahMu...
Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu...


Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku



Ada begitu banyak nikmatNya yang aku dapat..

Ada begitu banyak rahmatNya yang aku dakap..

Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku..
Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku...


Semuanya menjadi satu.....



Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi..

Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya..

Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tIdak betah diuji tuk kesekian kali..
Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..lalu kesemua ini milikNya..



Akhirnya..hanya yang aku punya....sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya...

Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..

Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...

Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini!!!

Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..

Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak bisa aku ungkapkan dengan bicara kata...



Hanya satu yang ku pohon.......

"Tuhan..........tolong jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma

Kerana aku tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatianMu

Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah,

Tidak mampu aku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..

Tidak mampu aku kuat terus Ya Allah.
Andai Engkau tiada disisiku"



Disetiap kali aku memerlukan-Mu,

Kulihat langitMu yang terbentang luas..

Dapat kurasakan selaut cintaMu yang meluas untukku
Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku



"AKU KUAT KERANA MU YA ALLAH........." :'(

Jumaat, 4 Mac 2011

Dengan Nama Allah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! J Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.
~tulang rusuk kirimu~

pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...
berpisah tak gelisah...

Warkah Buat Bakal Suami...


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ummi sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ummi, “Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.”, jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.

Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. ” Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang.”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku.

Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku.

Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdo'a, agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu.

Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.

Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.

Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai
dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku.Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan
sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.

Surat Buat Suami


Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Salam ya habibi...

Kumulakan warkah ini dengan bait indah
yang ditinggalkan Rasulullah saw
kepada seisi alam.
Wanita solehah!
Idaman semua muslimin di alam maya
ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam
yang kita cintai, pilihlah wanita yang
mampu menyejukkan pandanganmu dan juga
baitul muslim yang bakal dibina tika
sampai saat itu, insyaAllah.

Dinikahi seorang wanita itu kerana
empat perkara hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka
pilihlah hal keagamaannya, maka
beruntunglah kedua-dua tanganmu...

Wanita solehah idaman mujahid soleh
yang malunya menjadi perisai dirinya
yang zikirnya menjadi penawar dirinya
tak gentar di acah mehnah duniawi
kerana dia rindukan wangian syurgawi
dia berpegang pada janji yang terpatri
di lubuk hati...

Telah dinukilkan panduan sepanjang
zaman, itulah lirikan utama buatmu
memilih calon isteri. Tiap baris itu
telah menjadi hafalanku sejak aku
mengenali dunia baligh ini...

Jika harta yang kau idamkan,
ketahuilah diriku tidak punya apa-apa
harta di dunia ini melainkan ilmu
agama yang telah dititipkan buatku
oleh mak dan ayah. Tiada harta untuk
kupersembahkan…hanya ketenangan yang
mampu aku sediakan buatmu kerana aku
pernah terbaca kata-kata...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan
Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikannya
di antaramu rasa kasih dan sayang....
(Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau
dambakan, ketahuilah jua aku di bawah
pengawasan Allah sebagai penjaga
mutlak diriku. Aku adalah keturunan
mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda
Hawa as, sama seperti mu.

Maka bertawakkallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah mengasihi orang
yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah
menolong kamu maka, tiada seseorangpun
yang boleh menghalang kamu, dan jika
ia mengecewakan kamu, maka siapakah
yang dapat menolong kamu sesudah Allah
(menetapkan demikian) ? dan ingatlah
kepada Allah jualah hendaknya orang
yang beriman itu berserah diri...
(Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama
setiap insan. Malah aku meyakini
bahawa kau juga tidak terlepas seperti
insan yang lain. Ketahuilah, jika
kecantikan itu yang kau inginkan
daripada diriku, kau telah tersalah
langkah. Tiada kecantikan yang tidak
terbanding untuk kupertontonkan
padamu. Telah aku hijabkan kecantikan
diriku ini dengan amalan ketaatan
kepada tuntutan agama yang kucintai.
Kau hanya membuang masa jika kau
menginginkan kecantikan lahiriah
semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-
samaku menegakkan dakwah islamiyyah
ini, dan aku merelakan diri ini
menjadi penolongmu untuk membangunkan
sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke
arah jihad hambaNya kepada Penciptanya
yang agung. Pendirianku…pernikahanku
akan ku jadikan medan pencarian ilmu
agama sebagai risalah demi meneruskan
perjuangan Islam. Aku masih kekurangan
ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu
agama yang telah dibekalkan ini. Aku
ingin menjadi isteri yang sentiasa
mendapat keredhaan Allah dan suamiku
untuk memudahkan aku membentuk usrah
muslim antara aku, suamiku dan anak-
anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan
kepada Allah Yang Maha Esa. Aku
bercita-cita bergelar pendamping
solehah, seperti mana yang dijanjikan
Rasul,

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia
kepada lelaki yang bangun di tengah
malam lalu dia sembahyang dan
membangunkan isterinya, maka sekiranya
enggan juga bangun untuk
bersembahyang, dia merenjiskan air ke
mukanya. Semoga Allah memberi rahmat
kurnia kepada wanita yang bangun di
tengah malam lalu bersembahyang dan
membangunkan suaminya. Maka jika dia
enggan, dia merenjiskan air
kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan
Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau
akan tahu hakikat diriku dan dirimu
dipertemukan oleh Allah atas namanya
pertemuan.

Hai sekalian manusia, bertakwalah
kepada Tuhanmu yang telah menciptakan
kamu dari diri yang satu, dan
daripadanya Allah menciptakan
isterinya; dan daripada keduanya Allah
memperkembangbiakkan lelaki dan
perempuan yang banyak. Dan bertakwalah
kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) namaNya kamu saling
meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu... (An Nisa:1)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki)
atas sebahagian yang lain (wanita),
dan kerana mereka (lelaki) telah
menafkahkan sebahagian
dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia
katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku
meyakini bahawa engkau adalah pemimpin
untukku. Jadikanlah suatu pernikahan
itu sebagai asas pembangunan iman dan
bukannya untuk memuaskan bisikan
syaitan yang menjadikan ikatan
pernikahan sebagai tunjang nafsu
semata-mata. Moga diriku dan dirimu
sentiasa didampingi kerahmatan dan
keredhaanNya. Lakukanlah
tanggungjawabmu itu dengan syura
kesabaran, qanaah ketabahan moga kita
akan menjadi salah satu daripada
jemaah saf menuju ke syurga
insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran
bersusun, mas kahwin yang hanya akan
menyebabkan hatiku buta dalam menilai
erti kita dipertemukan oleh Allah atas
dasar agama. Cukuplah seandainya,
maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran,
kerana aku meyakini Qalam itu mampu
memimpin rumahtanggaku dalam meraih
keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang
bersifat sementara. Bantulah aku dalam
menjayakan agama Allah, kerana ia
adalah laluan untuk aku menyempurnakan
separuh daripada agamaku, insyaAllah.
Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu
bapa dan orang sekelilingmu, itulah
yang aku harapkan daripada kekayaan
duniawi yang kau sediakan.

“Tidak lagi wujud keborosan dan
kebakhilan kerana semuanya berada di
dalam udara Qana’ah (berpuas hati
dengan apa yang ada), redha dan yakin
bahawa dunia ini bukanlah negara
Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga
Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu
sebulan demi sebulan, pernah dapurnya
tidak berasap kerana tidak ada bahan
makanan yang dapat dimasak. Walaupun
demikian susahnya, rumahtangga
Rasulullah s.a.w tetap menjadi
rumahtangga yang paling bahagia yang
tidak ada tolok bandingnya hingga ke
hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan
redhaMu.::.

Surat Untuk Calon Suamiku


Assalamualaikum zauj yang kuimpikan,


Surat Untuk Calon Suamiku

Bagaimana khabarmu hari ini? sudahkah kau basuh wajahmu dengan sucinya air wudhu', yang membuat wajah bersahajamu diliputi cahaya? Sudahkah malam tadi kau habiskan sepertiganya dengan bermunajat kepada-Nya? Sudahkah kau bulatkan azzammu untuk istiqomah melangkah di jalan-Nya?


Akhi...
Tegakkan bahumu, sempurnakan semangatmu, penuhi dadamu dengan nama-Nya, jemputlah rizqimu dengan sungguh-sungguh. Aku mengantarmu dengan selempang doa yang tersampir di bahu angin. Semoga hari ini Allah melimpahkan keberkatan di setiap tarikan nafasmu. Penuhi pundi-pundi amalmu dengan kebaikan, jangan sisakan sedikitpun waqtumu dalam kesia-siaan.

Malam nanti, aku kembali menunggumu dalam hening doa-doaku. Sandarkan hatimu pada-Nya, agar Ia memberimu kekuatan. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk segera menjemputku, menemani hari-harimu.

Siapapun engkau, di manapun engkau berada, semoga Allah menjagamu, hingga tiba waktunya perjuangan panjangmu tak lagi sendiri. Maka, kukuhkanlah kembali semangatmu. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk hadir menjemputku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Isnin, 20 Disember 2010

Bisikan Kematian

Kurasakan sayapku kaku bagai mati,
Kucuba kepakkan sayap itu,
Tetapi aku tetap berada ditempatku...

Apakah dunia ini terlalu kecil bagiku untuk mengepakkan sayap?
Atau aku yang terlampau kecil untuk mengepakkan sayap di dunia ini?

Adakah tempat yang sesuai bagiku untuk mengepakkan sayap?
Apakah lembah yang penuh kedamaian itu telah memanggil namaku?
Apakah telaga itu juga telah memintaku?
Dan apakah bisikan-bisikan itu juga telah menyebut namaku?

Lihatlah...
Bibirku tersenyum,
Lalu berkata "selamat datang bisikan kematian"......