Isnin, 20 Disember 2010

Bisikan Kematian

Kurasakan sayapku kaku bagai mati,
Kucuba kepakkan sayap itu,
Tetapi aku tetap berada ditempatku...

Apakah dunia ini terlalu kecil bagiku untuk mengepakkan sayap?
Atau aku yang terlampau kecil untuk mengepakkan sayap di dunia ini?

Adakah tempat yang sesuai bagiku untuk mengepakkan sayap?
Apakah lembah yang penuh kedamaian itu telah memanggil namaku?
Apakah telaga itu juga telah memintaku?
Dan apakah bisikan-bisikan itu juga telah menyebut namaku?

Lihatlah...
Bibirku tersenyum,
Lalu berkata "selamat datang bisikan kematian"......

Khamis, 22 Julai 2010

Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Duhai Jiwa,

Saatnya kau bangkit dari rasa tak berdaya,
Dari rasa malas menuju semangat membara,
Dari keterpurukan rohani menuju jalan-Nya...

Masa lalu telah jauh tinggalkan dirimu,
Masa depanmu menanti tuk dirajut bermakna,
Sebelum kematian menghampiri dirimu,
Hari inilah saat yang tepat tuk merangkai asa...

Tahun berganti bukan sekadar nama,
Itu adalah makna berhijrah,
Dari keburukan menuju kebaikan,
Dari kegelapan menuju cahaya...

Selasa, 20 Julai 2010

Pujilah Dia,Kerana Nafasmu Adalah Anugerah-Nya…

Sahabat,
Biarkan angin terus berhembus,
Biarkan air terus mengalir,
Jangan kau cegah dan lawan hembusannya,
Jangan kau tentang kemana mengalir arusnya...

Kehidupan kan terus berjalan,
Perjalanan akan tetap terasa panjang,
Semua tak hanya berakhir di dunia,
kerana kelak banyak hal yang akan kita bawa...

Bersabarlah dalam gerak yang cermat,
Hiduplah dalam langkah penuh manfaat,
Hari ini adalah anugerah dari-Nya,
Hari kemarin adalah pengajaran dari-Nya...

Kehidupan adalah hadiah-Nya,
Setiap nafas adalah nikmat dari-Nya,
Pujilah Dia atas segala pemberian-Nya,
Sucikan nama-Nya yang menganugerahkan segala,
Kerana Dia-lah yang paling pantas atas pujian,
Kerana Dia-lah yang lebih layak untuk diagungkan...

Jika Tanpa Ampunan-Mu....

Apalah diriku,
Hanya sebongkah tanah yang IA bentuk menjadi manusia,
Yang atas Rahmat-Nya IA jadikan ku mampu bicara,
Yang IA jadikan diriku mampu melihat dan berkata,
Namun sedikit dariku terlahir kesyukuran atas berlimpah anugerah...

Ya Rabb,
Jika bukan kerana Rahmat-Mu,
Sungguh tidak layak kiranya diriku hidup...

Ya Rabb,
Jika bukan kerana besarnya Ampunan-Mu,
Secuit dosa hamba sudah pasti meluluh lantakkan segala,
Jika tanpa ampunan-Mu Ya Rabbi...

Apalah erti tarikan nafas ini.....

Derita itu belaian....

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama tak buka cerita pasal kehidupan seharian ni. Almaklumlah kesibukan yang melanda diri sukar untuk dielakkan. Walau macam mana sibuk pun, Allah tetap yang utama.

Apa yang saya nak cerita ni, untuk renungan diri sendiri yang masih kurang bekalan untuk kembali pada Pencipta juga. Pagi tadi, orang lain sibuk riadhah, saya dan seorang sahabat (nama dirahsiakan) duduk tepi longkang cerita-cerita lah tentang perangai seorang sahabat. Tiba-tiba pula boleh masuk tajuk lain.

Cerita punya cerita, tiba-tiba dia bagi tahu yang dia sakit. Saya pun apa lagi, mula lah tanya macam-macam soalan. Akhirnya, dia cakap, dia hidap hepatitis B. Saya dengan muka yang tak tahu nak cakap apa, tersentap dengan apa yang dia cakap. Sungguh saya tak sangka, seorang teman yang selama ni amat periang, rupa-rupanya ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Kami pergi mana-mana mesti bersama. Orang kata kami kembar 3, ada yang cakap macam blankas. Kami dah macam adik-beradik. Lepas dia cakap yang dia menghidapi penyakit tu, saya pun mula cerita apa yang saya alami. Saya sebagai salah seorang daripada sahabat dia amatlah bimbang kalau ada apa-apa terjadi.

Allah menguji hamba-Nya kerana Dia menyayangi hamba-Nya itu. Tidaklah Allah menguji manusia melebihi kemampuannya sendiri. Sabar adalah kunci segala ketenangan. Allah mengasihi hambaNya yang sabar. Buat teman yang saya maksudkan, bersabarlah kamu dengan apa yang Allah dugakan. Terimalah qada' dan qadar Allah dengan redha seikhlas hati. Allah itu Maha Adil, tentu ada kemanisannya dalam setiap ujian yang kita tempuhi. Jangan pernah menyerah kalah dengan dugaan yang Allah datangkan pada kita.

Kesimpulannya, kita sebagai hamba yang mengaku beriman, tambah-tambahlah amal kita untuk kembali pada Pencipta kita yang Agung. Jangan sekali kamu leka dengan kenikmatan dunia yang cukup lembut belaiannya.

Ini saja lah yang ingin saya katakan. Semoga kita mengambil ikhtibar dengan setiap kejadian yang Allah datangkan pada kita. Assalamualaikum

Isnin, 19 Julai 2010

Kata - kata hikmah...

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh...

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman...

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta...

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu...

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan...

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri...

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri....

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar...

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan...

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya...

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada...

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya...

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat... ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu....

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan....

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan...

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan...

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu...

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini...

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi...

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang...

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi...

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya...

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan...

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau... - Saidina Umar Al-Khattab

Ahad, 18 Julai 2010

Terasa Hiba....

Teman...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku mahu menyuruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis denganmu..

Teman...
jika terasa tiba2 mahu melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan menyuruh kau berhenti..
tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

Teman..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Tetapi Teman..
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas pesananmu…
aku tidak angkat panggilan daripadamu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu mungkin aku perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini…
Dan pada waktu itu…
Doakanlah kesejahteraanku di alam sana.

Jadilah manusia yang baik....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Antara 9 Siti yang patut dicontohi Oleh Isteri-Isteri...

Assalamualaikum,

Beruntunglah si suami jika mendapat isteri-isteri yang solehah...
Syuga Bagi Isteri Yang Mentaati Suaminya...
Antara 9 Siti yang patut dicontohi Oleh Isteri-Isteri...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

Wahai insan

Wahai Insan Yang Mengabdikan Diri,
Andai Kamu Lihat Perjuangan Kami,
Amal Ibadatmu Bolehlah Dibandingi,
Linangan Airmata Di Pipi,
Masakan Sama Dengan Darah Membasahi Bumi ?
Atau Kuda Untuk Permainan Sendiri,
Masakan Sama Kuda Pejuang Pertiwi ?
Demi Menyahut Seruan Nabi,
Seruan Benar, Tidak Mungkin Didustai,
Dan Debu-DebuYang Memasuki Hidung Kami,
Samakah Dengan Semaraknya Api Di Neraka Nanti ?....

Ya Tuhanku!!!

Wahai Tuhan yang maha pemurah,
Terangilah ku dengan Nur imanmu,
Hanya padamu tempat aku berserah,
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang maha pengasih,
Ampunilah segala dosaku,
Laksana buih di laut memutih,
Arus deras gelombang nafsu,
Hari-hari yang telah aku lalui,
Tak ingin aku terus bersemadi,
Ingin aku kembali,
Kepada fitrah insani...

Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi,
Relakanlah diriku dari dibelenggu,
Noda dosa nafsu durjana,
Terimalah taubat ku Ya Allah,
Ampunilah dosaku Ya Allah...

Dalam Setiap Langkahku...

Dalam setiap langkahku,
ku gapai nama-Mu Tuhan!
Tunjukkanku jalan pulang,
jalan yang membahagiakanku,
jalan yang mendekatkanku pada-Mu...

Nyaris aku memutar arah,
berpaling terus dari menyembah-Mu,
kini aku hanya mampu bersyukur,
hidayah-Mu menjadi teman,
antara aku dan keagungan-Mu...

Ya Tuhan,
jika aku mengaku beriman,
Kau suluhkanlah cahaya petunjuk,
yang bisa ku jadikan pedoman,
untuk mengisi keimananku dengan penyeri taqwa...

Sabtu, 17 Julai 2010

Indahnya syurga...

Bahagia itu dari dalam hati,
Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata dalam hati,
Terbenam bagai mutiara disalut nurani...

Bahagia itu pada HATI,
Bertakhta di kerajaan diri,
Bahagia itu pada JIWA,
Mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu KESABARAN,
Bila susah tak gelisah,
Bila miskin tak pemarah,
Bila gagal tidak resah...

Hakikatnya bahagia itu ketenangan,
Bila hati mengingati tuhan,
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu,
memberi ketenangan pada hati,
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Nabi Idris menikam mata iblis...

Pada suatu hari sedang Nabi Idris A.S duduk menjahit bajunya, tiba-tiba di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki dengan memegang di tangannya sebiji telur. Katanya "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka Nabi Idris pun memandang lelaki itu lalu dikenalinya sebagai musuh Allah iaitu iblis.

Maka kata Nabi Idris A.S - "Marilah dekat kepadaku, tanyalah apa yang engkau kehendaki." Maka raja iblis itu pun datang dekat di sisinya lalu berkata "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka sahut Nabi Idris - "Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur yang sebesar ini, bahkan ke dalam jarum aku sekecil inipun Tuhanku sangat berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya," lalu dengan pantas Nabi Idris pun menikam mata raja iblis itu dengan jarum. Maka raja iblis pun terperanjat dengan kesakitan lalu berlari membawa dirinya dengan menerima tandatangan Nabi Idris buta sebelah matanya hingga tibalah kedatangan junjungan kita dan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W....

Soal Nabi kepada iblis...

"Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku?" Maka sembah iblis: "Adalah umat tuan hamba itu kepada hamba ada 3 macam -1)Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuh-tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata jibril alaihi salam: "Ada pun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat", 2) Umat tuan hamba itu seperti tanah iaitu orang sabar, syukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal yang soleh dan tawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan 3) Umat tuan hamba itu keadaannya seperti Firaun terlampau sangat tamak dengan harta dunia dihilangkan amal akhirat. Maka suka citalah hamba kepadanya lalu hamba masuk ke dalam tubuhnya, hamba putar hatinya menuju ke lautan derhaka. Apabila telah tetap pada jalan kejahatan hamba hela barang ke mana kehendak hamba, jadi sentiasa ia bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan pada beramal, tiada mengeluarkan zakat hartanya dan setengah yang miskin hendak beribadat, hamba goda ia biar kaya dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan cita-citanya mendapat kesenangan maka dilupakannya berbuat amal tiada mahu mengeluarkan zakat hartanya seperti Qarun dengan mahligainya dan dirinya serta harta bendanya habis terbenam ke dalam bumi kerana ianya tiada mahu membelanjakan pada tiap-tiap jalan yang memberi kebajikan dan jika kena sakit tiada sabar, ia sentiasa berbimbang hatinya akan hartanya dan setengahnya yang kaya asyik dengan berebut dunianya, cakap besar kepada sesama islam dan benci kepada yang miskin dan menghinakan kepada mereka itu dan gemar mengeluarkan hartanya kepada berbagai-bagai jalan yang maksiat dan menaburkan hartanya kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan kelab-kelab.....

Jumaat, 16 Julai 2010

Doa hamba yang hina...

Wahai Maha Pencipta; Pemelihara,
Maha Adil dan Maha Pemaaf,
Penguasa barat dan timur,
Langit Dan Bumi,
Tuhan alam semesta,
Maha ghaib dan Maha Nyata...

Tuangkan kasih dan cahayaMu,
ke dalam badan, hati dan jiwa kami,
gunakan kami untuk keperluanMu,
tuntunlah kami pada kebajikanMu...

Mohonku padaNya

Wahai Allah yang Halim,
Yang Maha Penyantun,
kesantunanMu menyebabkan semua penderhaka,
berkesempatan menyedari kesalahannya,
dan kembali menggapai rahmatMu...

Sementara diriku, tak sanggup menyaksikan perbuatan derhaka,
yang terjadi di sekitarku,
sehingga aku mahu bertindak dan membenci mereka...

Oleh itu wahai Al-Halim, kiranya Engkau berkenan,
mencurahkan setitis kesantunanMu,
supaya aku dapat mencintai dan menyayangi mereka,
tanpa menuntut apa pun daripada mereka...

Mahu ataupun derhaka; Kau tidak peduli,
cinta dan sayangMu tetap saja mengalir bagi mereka...

Ahad, 4 Julai 2010

Bulan dan bintang

Dalam setiap langkah yang ada,
ku jalani bersama matahari,
bila senja, aku kan sedih...
tapi ada rasa yang tersimpan,
apakah bulan dan bintang,
mahu temani aku...
melewati malamnya..??

Bulan dan bintang,
jangan berlari dariku,

jangan melangkah sedetikpun,
kerana aku tak mahu,
kehilanganmu lagi....

Apa ertinya persahabatan ini

Telah nyata,
nukilan puisiku buatmu,
persemaian persahabatan buat dirimu,
nilai erti persahabatan buatmu,
umpama rindu saling merindu...

Fahamlah erti bagaimana merinduimu,
fahamlah akan erti sayangku buat dirimu,
percayalah sahabatku,
lakaran ini untuk dirimu...

Ingin sekali aku,
mengisi sisa-sisa hidupku,
mengisi baki-baki umurku,
bersama dirimu sahabatku,
di sini tersemai hakikat persahabatan tulusku padamu...

Tidak pernah ku kecewa,
bagaimana telah kau lukakan hatiku,
bagaimana telah kau menikam hatiku,
sedarlah kau sahabat,
keikhlasanku bukan bahan gurauan.....

Destinasiku

Sahabatku,
mengapa kau tinggalkan aku,
tatkala ku memerlukan dakapan hangatmu,
ku perlu kau sentiasa di sisiku,
dengan terus menemani aku...

Masih teringat di waktu dulu,
episod persahabatan diputik bersama,
kau dan aku mengharungi segala,
ke syurga abadi hendaknya...

Kasih sayangmu tiada ganti,
walaupun telah berjanji mengukir hidup bersama,
sehidup dan semati...

Apakan daya,
Tuhan lebih menyayangimu.....

Sabtu, 3 Julai 2010

SAYANGILAH DAKU DALAM SEGALA KEADAAN

Bersyukur pada Allah S.W.T kerana masih mampu bernafas di bumi Allah yang sementara ni... Assalamualaikum pembuka bicara... Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat dan kasih-Nya...

Khamis ni, 8 Julai 2010 genaplah 3bulan arwah Sheikh Muhammad Siddiq Qushri pergi. Al-fatihah buat arwah. Arwah menghidapi dua jenis penyakit berbahaya. Kanser usus dan barah otak. 6 tahun arwah hanya duduk di atas kerusi roda bertemankan al-quran 24jam. Arwah meninggal 3jam selepas menjalani pembedahan.

Masa arwah masih bernyawa, arwah memang seorang yang tabah. Seorang yang pendiam, tetapi diamnya penuh dengan seribu makna. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya, setiap kata-kata yang terucap dari bibirnya penuh dengan kemanisan iman. Saya akui, arwah memang seorang yang budiman. Walaupun berkerusi roda, arwah mempunyai semangat yang kuat.

Pesan terakhir arwah pada saya, "bercinta biarlah setia, sesetia siang pada malam, sesetia abg pada kamu". Hingga kini, saya kuat berpegang dengan kata-kata arwah. "Jika ada yang bertanya, gilakah kamu bercinta dengan orang yang telah tiada, katakanlah apa yg telah abg katakan".

Benarlah kata arwah, bercinta biarlah setia. Kini, cintaku sepenuhnya hanya pada Allah. Hidup dan matiku kerana Allah. Kepergian arwah masih terasa hingga kini. Namun siapalah kita sebagai manusia untuk mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa.


YA ALLAH, DENGAN KEMULIAAN-MU,
SAYANGILAH DAKU DALAM SEGALA KEADAAN,
KASIHI DAKU DALAM SEGALA PERKARA,
KEPADA SIAPA LAGI SELAIN ENGKAU
AKU MEMOHON DIHILANGKAN KESENGSARAANKU,
DAN DIBERKATI SETIAP URUSANKU.....

Jumaat, 2 Julai 2010

Dalam memohon redha Ilahi

Senyumku untuk semua orang,
tetapi deritaku untuk seorang,
dialah yang menorehkan luka dalam,
setelah kutorehkan luka dalam pula padanya...

BAHAGIA bukan milikku kini,
BAHAGIA tidakku galas di dunia kini,
kebahagiaan menjauhiku setelah sekian lama tidak kusedari bahawa dia menderita....
Aku hanyalah insan yang saat sukar dipagari zikir,
pedang yang kuhulurkan akan menjadikanku BIDADARI TAK BERSAYAP...

Aku terlahir sebagai hati putih,
namun kini,
titik-titik hitam mulai bertapak,
kekalahan ini hanya sementara,
masih ada jihad yang membara,
mengembalikan warna putih dan sayapku...

Tangisku...
hanya tangis kerana Dia,
hanya tangis kerana sesalkan dosa...

Senyumku...
hanya senyum kerana amal ibadatku,
hanya senyum kerana semangat jihadku...

Khamis, 1 Julai 2010

Di celah-celah doaku

Badan terasa sejuk...
menggigil kedinginan,
Segar tak terkirakan,
Rumput beralun mekar,
Di tiup angin dingin hari...

Burung menyanyikan lagu sepi,
Hinggap di pohon membunyikan diri,
Matanya melihat kearah taman hati,
Pandangannya terpesona oleh pemandangan cantik...

Ya Allah,
alihkanlah aku,
daripada melihat yang buruk,
daripada melakukan yang terkutuk,
daripada niat yang buruk,
daripada kata-kata yang teruk,
dan daripada perasaan yang bongkak....

Ya Allah,
peliharalah aku,
redhailah segala perbuatanku,
berkatilah segala amalku,
selamatkanlah hari-hariku,
terangkanlah pandanganku,
dan rahmatilahku....

Tinggal kenangan








Tak ingin ku berpaling

Tuhanku...
Dalam termenungku sendirian,
Aku masih menyebut nama-namaMu....

Biar sukar sungguh,
mengingat Kau tetap ku mahu...

Cahaya panasMu yang suci,
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi....

Tuhanku...
aku hilang arah hidupku,
remuk aku tanpa petunjukMu...

Tuhanku...
aku mengembara di negeri asing,
bertemankan kitabMu siang dan malam...

Tuhanku...
di pintuMu lantas aku mengetuk,
aku tidak bisa berpaling lagi...

Tuhanku...
Kiranya Kau ampunkan aku,
sungguhku malu dengan kehinaanku...

Laut membawa jasadku

Laut terus membawa jasadku,
terbujurku kaku di hadapanMu,
ke malam-malam pekat,
ke makam-makam sunyi,
menggigil badan takutkan tergelincir,
tanah pun basah kian melumpuhkan langkah,
yang berhenti pada gerbang-Mu,
kau pun tersedu lalu hujan turun,
menggambarkan ketajaman pisau padaku,
laut tak pernah henti dan jemu membawa jasadku,
ke makam-makam sunyi-Mu untuk ditanamkan terus tanpa nyawa!
aku masih sendiri dalam kematian ini,
di semesta sempurnalah ketiadaanku......

Aku ingin menjadi hamba-Mu

Ya Allah, Ya Tuhan ku....
Ampunilah aku di malam ini, disaat ini semua dosa,
yang pernah aku lakukan, semua keburukan yang
pernah aku rahsiakan, semua kedunguan yang
pernah aku amalkan.....

Yang aku sembunyikan dan aku tampakkan,
yang aku tutupi atau aku tunjukkan....

Ampuni semua kebusukkan ku,
yang telah Engkau suruhkan Malaikat yang mulia mencatatnya.....

Dengan Rahmat-Mu Engkau sembunyikan keburukan itu,
dengan kurnia-Mu Engkau menutupinya....

Wahai junjungan ku, Pelindung ku, Pemilik nyawaku,
jadikanlah waktu-waktu malam dan siang ku,
dipenuhi dengan dzikir kepada-Mu...

Kuatkan anggota badanku,
untuk berbakti pada-Mu,
Teguhkan tulang-tulangku untuk berbakti kepadaMu.
Teguhkan tulang-tulangku untuk melaksanakan niat ku.
Kurniakan pada ku kesungguhan untuk terus kekal bertaqwa kepada-Mu......

Perjalanan ini

Perjalanan ini...
menyusuri perigi dunia terik kering,
adalah jiwa kita yang lelah....

Perjalanan ini...
menyusuri bumi pahit manis dan langit asing,
adalah kita yang leka menyandang berjuta beban...

Perjalanan ini...
menyusuri hutan berantangan sepi bentangan api,
adalah kita yang menyandang luka dan seribu jalan,
adalah kita yang mendukung senja dan sejuta salib hitam...

Dekatkan daku pada-Mu ya Allah

Ya Allah.....
Ampunilah Dosa-dosa ku,
yang mendatangkan bencana...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang merosakkan kurnia...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang menahan doa...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang mengundangkan bala...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang telah kulakukan...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang telah ku kerjakan...

Ya Allah.....
Aku datang menghampiri-Mu,
Aku memohon pertolongan-Mu,
Aku bermohon pada-Mu dengan kemurahan-Mu,
Dekatkan daku dengan keagungan-Mu,
Sempatkan daku untuk bersyukur kepada-Mu,
Bimbinglah daku untuk selalu mengingat-Mu......

MAUT YANG MEMANGGIL

Datang maut memanggil namaku,
tersentak aku dari lamunan,
ketika bisikan kata teringat akan dosa...

Maut datang tanpa memberi salam,
apakah datang bukan dari pintu,
atau memang itu caramu bertamu...

Maut!!! pastikah itu alamat yang tertulis di daftarmu,
maut!!! jangan dekati aku,
aku malu bertemu,
aku kotor,
jauhilah aku....

Isnin, 28 Jun 2010

Perkara Yang Dapat Meringankan Dari Seksaan Kubur

Perkara Yang Dapat Melepas/Meringankan Dari Seksaan Kubur - Hadis

Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda : "Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman). ** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda; "ialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.

"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur" Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) dan Tabaarak.

4. Mati Syahid

Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur. Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda : "Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah)nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur(terus bertambah;dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat." Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat M

Rasullulah s.a.w bersabda : "Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur" Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu': "Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah Al Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda: "Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda : "Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan) engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah

Ahad, 27 Jun 2010

Rindu Kamu

Assalamualaikum...
Pertama sekali, mohon maaf kalau ada artikel-artikel puisi yg lebih kepada bunyi dan saur-saur basah berkonsepkan 'perhubungan' semata-mata.
Tujuannya hanya untuk menyedarkan sahabat-sahabat tentang betapa penting dan perlunya bersaudara.
Apa yang ingin diceritakan ialah tentang persaudaraan yg baru sahaja terjalin antara diri sy dan seorang kenalan(nama dirahsiakan). Dia seorang insan yg benar-benar telah membuka hati sy untuk berhati-hati dalam memilih rakan, sahabat, mahupun teman berkongsi rahsia.
Baru saja kenal dua tiga hari, tapi hati dah sebati dengan sikap dia. Dia seorang kenalan yg berjantina perempuan yang mampu memahami permasalahan yang sering timbul dalam diri ini. Didakap oleh seorang insan seperti ini ketika sedang susah, mahupun senang, cukup membuatkan hati yg sedang berkobar-kobar kembali tenang. Dia saja hamba Allah yang membantu sy pada hari tu.
Dia kerap bertanyakan khabar sy. Senyumannya begitu ikhlas sekali. Sejak sy menceritakan tentang apa yg sedang sy lalui, dia begitu bimbang dan seakan-akan terkejut dengan semua ini.
Wahai insan yg sy nyatakan, keikhlasan dirimu dalam membantuku amatlah ku hargai. Andai kata umur tidaklah bertahan lama hingga ke tua, maafkanlah segala salah silap daripada awal perkenalan kita. Mohon doa dan sokongan daripada kamu.
semoga kamu sentiasa di bawah rahmat dan kasih-Nya. InsyaAllah. Amin.

Khamis, 17 Jun 2010

Makna Sebuah Titipan

Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku, bahwa :

sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa keretaku hanya titipan Nya,
bahwa rumahku hanya titipan Nya,
bahwa hartaku hanya titipan Nya,
bahwa puteraku hanya titipan Nya...

tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya,
mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku,
apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini?

Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?
Mengapa hatiku justeru terasa berat, ketika titipan itu
diminta kembali oleh-Nya?

Ketika diminta kembali,
kusebut itu sebagai musibah,
kusebut itu sebagai ujian,
kusebut itu sebagai petaka,
kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan
bahwa itu adalah derita.....

Ketika aku berdoa,
kuminta titipan yang sama dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak kereta,
lebih banyak popularitis,
dan ku tolak sakit,
ku tolak kemiskinan,
seolah semua “derita” adalah hukuman bagiku.....

Seolah keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti
matematik:
aku rajin beribadah,
maka selayaknyalah derita menjauh dariku,
dan nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah jalan tengah,
dan bukan kekasih.
Kuminta Dia membalas “perlakuan baikku”,
dan menolak keputusanNya yang tak sesuai dengan keinginanku....

Padahal tiap hari kuucapkan,
hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah…

“ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja”

Waktuku.....

Kalau sampai waktuku,
Aku mahu tak seorang akan merayu,
Tidak juga kau.....

Tak perlu sedu-sedan itu,
Aku ini binatang jalan,
Dari kumpulan yang terbuang....

Biar peluru menembus kulitku,
Aku tetap meradang menerjang....

Luka dan bisa ku bawa berlari,
Berlari!!!
Hingga hilang pedih perit....

Dan aku akan lebih tidak peduli,
Aku mahu hidup seribu tahun lagi....

Rabu, 16 Jun 2010

Islamkah aku???

Islam agamaku, nombor satu di dunia,
Islam benderaku, berkibar dimana-mana,
Islam tempat ibadahku, mewah bagai istana,
Islam tempat sekolahku, tak kalah dengan lainnya,
Islam serbanku,
Islam sajadahku,
Islam kitabku,
Islam podiumku, kelas eksklusif yang mengubah cara dunia
memandangku,
Tempat aku menusuk kanan-kiri,
Islam media-massaku, gaya komunikasi islami masa kini,
Tempat aku menikam sana-sini,
Islam organisasiku,
Islam perusahaanku,
Islam yayasanku,
Islam instansiku, menara dengan seribu pengeras suara,
Islam muktamarku, forum hiruk-pikuk tiada tara,
Islam bursaku,
Islam warungku, hanya menjual makanan syurgawi,
Islam supermarketku, melayani segala keperluan manusiawi,
Islam makananku,
Islam teaterku, menampilkan karakter-karakter suci,
Islam festivalku, memeriahkan hari-hari mati,
Islam pentasku,
Islam seminarku, membahas semua,
Islam upacaraku, menyambut segala,
Islam puisiku, menyanyikan apa saja,
Tuhan, Islamkah aku?

Jeritan Alam

Angin pagi menyapaku,
Seolah-olah berkata,
Namun ku tak mengerti,
Apa yang dikatakannya,
Yang terdengar hanya,
Maka...
Di sisi ruang hampa itu,
Dalam diamku,
Hatiku pun berbisik,
“Bingung” Desis-desis hampa...

Ku tanya pada pohon,
Apa jawapannya,
Yang ada hanya lambaian daun-daun,
Dan gemersik ranting berjatuhan,
Ku tanya pada air,
Namun ku tanya apa jawabnya,
Yang terdengar hanya,
Alunan air mengalir...

Andai aku pahami,
Jeritan-jeritan mereka selama ini,
Mungkin ku mengerti,
Kepedihan yang selama ini terjadi....

Sebersih indah lamunan kala lalu...

Angin berhembus,
memberi nafas pada hidup,
Menyibak kabut meredup,
Membentang indah warna pelangi...

Balut garis fatamorgana,
Kembali membawa kepak masa itu,
terteguk kembali gelisah resah,
terbuai angan kembali merayu-rayu...

Titian putaran waktu,
Kembali memutarkan,
Melantunkan lambaian kasih,
Sebersih indah lamunan kala lalu...

Dengan kata tak bersuara,
Aku berteriak dalam diam,
Tentang rasa ku kepada Ilahi,
aku merindukan..aku memerlukannya..
Tapi semua tertelan hening yang bening....

Pelita indah bersambut,
memancarkan harapan dan impian diri,
tapi harus ku bunuh ingin yang terlalu mengingini,
Kubiarkan mimpi lepas dari cakerawala nurani,
Biarlah semua kembali bisu tanpa jejak sebuah hati....

Perpisahan ini...

Bila kau harus pergi jauh dan takkan kembali,
Aku mengerti dengan semua yang terjadi,
Pastikan saja langkahmu agar tetap bererti,
Sehangat pelukanmu di waktu hujan....

Saat kau lambaikan tangan padaku,
Kulihat wajahmu tampak tenang,
Dan kau berbisik?
Inilah waktu yang tepat untuk kita berpisah?
Sahabatku........

SYAIRKU ADALAH TANGISAN PANJANGKU

Aku harus terus menulis,
Kerana menulis adalah mimpiku...
Tapi……
Jika tulisanku adalah tangis?
Haruskah aku terus menulis???

Aku harus terus mencinta,
Kerana cinta adalah roh dan wujudku...
Tapi…..
Jika cinta adalah perit?
Haruskah aku terus mencinta???

Para sahabat..
Jika kau baca syair-syairku,
Maka kau akan temukan aliran air mata tiada henti,
Maka kau akan temukan kepiluan dan kesepian tak bertepi,
Semua keranamu,
Semua kerana kesyahduanmu...

Entahlah…..
Yang kuyakini sahabat adalah teman hidupku,
Yang kan mengisi semua celah sepi hidupku...

WANITA SOLEHAH

Laksana rembulan...
Menyinari insan bumi.

Jika ia memandang...
Dunia seakan tergetar kerana ketulusannya,
Jika ia berkata...
Dunia seakan terlena kerana kelembutannya,
Jika ia tersenyum...
Duniapun ikut tersenyum kerana keikhlasannya....

Laksana pelita...
Tubuh terbakar demi sebuah pengorbanan,
Menjadi penuntun di tengah gemerlapnya dunia...

Laksana sahabiyah...
Langkah kakinya bagai langkah Fatimah.
Hidupnya penuh ketenangan jiwa.
Kerana hatinya selalu berzikir.

Dialah wanita solehah..
Yang senantiasa menjadi penentu,
Akan sebuah perubahan dunia.....

MENJELANG MAGHRIB

Wajah-wajah lusuh terpancar,
Dengan pakaian yang terkusut masai,
Bawa beban yang ingin disingkirkan,
Pada saat siang ini....

Tapi kulihat juga wajah yang penuh dengan bias cahaya,
Duhai...indah wajah itu...
Ingin aku memilikinya...walau tampak wajah itu penuh dengan kesedihan,
Tapi bias bias cahaya indah masih tetap melekat disana,
disela-sela percikan air wudhu....

Tuhan...izinkan hambamu ini tuk mendapatkannya,
Cahaya yang kau berikan pada setiap hambaMu,
Cahaya yang selalu bersinar walaupun dalam gelap gelita,
Cahaya yang penuh dengan rahmatMu....

Izinkan aku ya Rabbi,
Perkenankan aku ya Rahman...

HARI ITU BEGITU INDAH

Hari itu cuaca bersahabat dengan semua,
Hari itu cuaca mulai berubah wajah,
Hari itu cuaca mulai menangis,
Menangisi alam ini...menangisi hidup ini...

Hari itu aku berusaha untuk senang,
Hari itu aku telah berupaya untuk menang,
Hari itu aku telah bersusah payah untuk datang,
Tapi cuaca seperti membantuku untuk berfikir sejenak...

Hari itu seperti hari yang lainnya...
Hari itu seakan masa depan...

Buaian Laknat

Dalam Buaian manusia seperti terkapar,
Seiring roda perjalanan nasib sang waktu,
Berurutan laksana prajurit bergaya,
Manusia manusia itu masih terkapar dalam lenaan malam...

Di ketuk dalam setiap hati dengan bisikan sang durjana,
Dalam lelapnya sang gelita yang terlelap bak bayi,
Di hujani dengan diam dalam relung kehidupan,
Untuk melihat masih adakah nurani yang tersisa...

Buaian dan bisikan-bisikan yang menggairahkan,
Seperti membawa dalam peraduan syurga dunia...

SAKSI PERSAHABATAN

Malam…….
Kaulah saksi bisu merdu suaranya,
Yang terus merasuk bangun berjuta,
Khayal...

Malam…….
Kaulah saksi bisu jika berjuta syair terangkai atas namanya..

Malam…….
Kaulah saksi bisu itu saat kuterus menagis,
Kerana sangat mengasihinya,
Saat ku terus memanggil,
Kerana mengasihinya...

Inilah Diriku

Aku seperti ini,
Jika mau ambillah..
Jika tidak,
Terserah..
Asal Tuhan tidak murka,
Akupun bahagia...

Aku ini seperti ini,
Perubahan dalamku,
Akan menghilangkanku..
Terserah..
Aku telah mengerti diriku,
Aku mengerti Tuhanku...

Selasa, 15 Jun 2010

Sahabat...

Seindah cahaya pagi yang menyingsing pagi......
Seindah belaian katulistiwa yang memancar.........
Seindah gelora kasih yang bersemayam direlung hati..........
Seindah persahabatan yang hari ini kita jalin.......
Bintang-bintang bersinar gemerlap.........
Rembulan tersenyum dengan indahnya.......
Komet Halley berlintas dengan cemerlang..........
Seindah persahabatan yang hari ini kita erat........
Ku bersyukur mendapatkan engkau sahabat....
Ku bersyukur berteman denganmu sahabat...
Ku berharap ini tak kan habis..........
Ku berharap ini kan nyata..........
Satu yang ku harapkan darimu sahabat.........
Jadikan hidup ini indah dengan kepedulian.........
Kepedulianmu terhadap sekelilingmu.....
Kepedulianmu terhadap temanmu sahabat..........

Perjalanan Masih Panjang

Wahai sahabatku,
jangan tunda lagi waktu yang ada,
yang ada saja masih banyak tersisa,
pergi dan jejakkan perlahan ke depan,
jangan pernah menoleh ke belakang,
kerana tidak satu pun dalil itu berguna...

pergilah sahabat,
berjalanlah kalian sambil bersiul,
menyanyi, meskipun dengan kidung,
yang tidak panjang dan bahkan belum ada judul,
sebab hanya lembaran yang cepat singgah terbang,
bakal hidup di hati sanubari insan...

oh, jangan... jangan tunggu aku.. pergilah..
aku akan menyusul dan masih bermain,
dengan sang kesempatan..
kerana dialah yang mempertemukan dan memisahkanku nanti..

ku hanya mencuba menerkam garis-garis jalan,
dan belokan yang terbentang di depan itu,
sampai dimana Dia mengukir hujung perjalanan,
yang masih cukup panjang ini..

Embun di Pagi Hari

Dahan hati yg dulu lapuk,
Kini tiada lagi,,
Musnah bersama angan dan angin malam
Hadirmu bagai embun di pagi hari,
Sejukkan jiwa yg lara,
Izinkan aku merawat hatimu....

Renyai hujan malam ini, baluti hati yg sepi,
Ku ingin pergi melangkah mencari bahagia sejati,
Meski lelah ini kubawa sampai mati,
Kukan terus berjalan telusuri sepi...

Pandanglah bulan diatasmu,
Meski tinggi tuk digapai,
Namun cahayanya menerpa wajahmu,
Aku ujauh darimu, namun cahaya kasihku tidak akan pudar menerpa hatimu...

Riak ombak hempaskan semua pilu dalam hatiku,
Hadirmu bagai samudera antaraku menggapai citaku,
Meski badai menghadang,
Namun cengkeram kasihmu selalu melindungiku...

Gerimis senja antar aku mengenangmu,
Melewati hari bersama kesedihan yang tak pernah usai,
Album ini kan selalu ada di dalam hatiku...

Ketika kebahagiaan datang menjemputmu,
Biarlah malam tempatku berkeluh,
Kan kuceritakan padanya akan sahabat terbaikku...

Kusandarkan lelah ini pada dinding malam,
Ku berjanji pada bintang kan slalu menemani dirimu sahabatku...

Dari hujung kaki hingga hujung rambut aku mengagumimu,
Tidak hanya wajah tapi hatimu bersih bagai sutera,
Aku tidak akan sia-siakan apa yg Tuhan berikan,
Tuhan memberiku saudara sekaligus sahabat sejati,
Jiwa dan raga ini sudah kuberikan untukmu,
Biarlah kelak Tuhan pula yg mengambilnya darimu...

Dalam kepedihan yg tak bertepi, izinkan kubersandar dicengkeramanMu,
Dalam kegelisahan yg membelenggu jiwa, izinkan aku memeluk AsmaMu,
Dalam getir kehidupankanku, izinkan aku bersujud menyembahMu,
Dalam putus asa dan kehampaan, biarkan Engkau mengambil nyawaku...
Tuhan, ampuni dosaku....

Maafkan aku teman,
Aku tidak lama mendampingimu,
Meski hatiku tak pernah pergi jauh...

Tapi....
Aku selalu berdoa untuk kebahagiaanmu,
Takkan ada lagi yang akan mengganggu tidurmu,
Meski hanya sekejap,
Jalani hari bersamamu,
Adalah saat terindah dalam hidupku,
Selamat tinggal sahabat,
Doaku menyertai langkahmu....

Jika kamu bermimpi indah mungkin itu kerana aku,
Jika kamu melihat bintang bersinar terang ingatlah aku,
Jika sedih menyelimuti hatimu,
Kan kuhapus dengan seulas senyumku yang paling manis...

Senja menanti malam memeluknya,
Merindu angin membelainya dan mengharap awan mengayun tidurnya,
Meski daun di pohon hati telah berguguran,
Senja setia temani ombak lautan...

Ketika malam merangkak tinggalkan rembulan,
Kumasih disini bersama angan,
Ketika wajahmu pergi tinggalkanku,
kutetap disini menanti pagi,
Sampai lelah membawaku pergi,
Ku tak pernah berhenti menunggumu kembali,
Meski kepalsuan memaksamu untuk memilih,
Ku kan tetap disini memeluk mimpi.....

Ini sulit untuk kukatakan,
Dan ini tak mungkin untuk kuucapkan,
Kesalahan selalu datang dan kebenaran tak pernah pergi meninggalkan kita,
Awal selalu berat dan akhir tak selamanya manis, maka bersyukurlah atas apa yg terjadi hari ini..
Tuhan mencintaimu dan tak pernah berpaling darimu.....

Embun pagi tak pernah lelah menantimu terbangun dari mimpi,
Meski pelangi menghalangi dan mentari enggan menyinari,
Dia kan selalu hadir disetiap pagi...

Izinkan Aku Menangis

kini kau pergi jauh,
hingga tanganku tak mampu memelukmu,
hingga kakiku tak mampu mengejarmu,
hingga mataku tak mampu menatapmu,
hingga teriak panggilku tak mampu kau dengar...

izinkan aku menangis,
biarlah airmata ini jadi samudera,
menghantarku berenang mencarimu...

Buat Sahabat Yang Resah

Apa lantas hendak kau salahkan gelombang,
Jika dermaga yang kau tuju,
Tak ingin kau singgahi...

Apa hendak kau maki rasa hati,
Yang berharap mawar,
Tapi duri yang kau dapati...

Tak usah juga kau tangisi,
Setiap masa manis berhujan puisi,
Tapi kemudian bermandi caci...

Cinta bukanlah pesta kembang api,
Warna-warni indah membuncah langit,
Memecah sunyi,
Tapi hanya hitungan detik,
Lalu sepi kembali temani...

Percayalah..
Cinta kan selalu senantiasa hadir,
Untuk yang mahu mengerti...

Sepi Bukan Untukku…

Sahabat,
Tidakkah kau tahu,
Aku terlalu sunyi,
Perasaan ini begitu menyiksakan,
Bertemankan sepi dan hening malam,
Berjauhan denganmu bukan kehendakku...

Tidakkah kau tahu,
Teriakku memanggil mu,
Kesepian ini membuat aku pilu,
Betapa aku merinduimu,
Ingin mendengar suaramu walau sekejap,
Cuma cukup mengubati laraku...

Saat terbenam matahari,
Hingga terbit fajar,
Perasaan ku tidak puas,
Mimpi indahku tak datang,
Resah dan gelisah membalut hiba,
Aku tak dapat tidur,
Seperti mereka yang kedamaian...


Sepi itu indah,
Tapi bukan untukku,
Kerana senyap sunyi itulah,
Telah membunuh ku!!!
Telah membunuh ku!!!
Telah membunuh ku!!!

Kini sepi tak lagi untukku,
Kerana memang sepi bukan untukku,
Fajar merekah,
Beri kilau kedamaian jiwa...

Terhulur tangan nan mekar,
Menuntun dalam bimbang,
Tuk keluar dari sepiku,
Kerana memang sepi bukan untukku...

Untuk Mu Teman

Langit hitam berbenang merah bersulam darah,
Halilintar bergetar menebarkan tebaran getar,
Lautan berbingkai bangkai melukis mati,
Bumi berajah api membakar hati,
Hutan berimba cahaya menyilaukan rasa,
Semesta berbicara berakhirlah dunia...

Halilintar menyambar melontarkan kabar berlontar mati,
Darah melambai-lambai di atas periuk berduri,
Jiwa berumbai-rumbai dalam dekapan mimpi,
Rongga api di hentakan ke dasar bumi...

Kepapakan gagak berapi suci,
Meniadakan nafas yang telah pergi...

Sinar seperti bayangan bulan menggelegar membuka pintu kematian,
Sayatan pedang berduri tajam di tarik pelan,
Nafas telah panas sudah saatnya pergi,
Kembali kedaLam pusaran cahaya remang,
Selamat jalan...

Kenangan

kenangan . . .
yang teringat hanya canda dan kesedihan,
dalam gelap hati aku menangis,
mengenang pun tak jadi erti,
semua yang telah terjadi,
takkan kembali...

kenangan . . .
kan tercipta bila teman pergi,
tuk selamanya...
bisikan hati yang tersimpan dalam bayangan telah jadi bintang,
kali ini ku takkan biarkan ia terjatuh atau menangis...

Erti Hadirmu

Ku tak mengerti tentang perasaanku,
Setiap ku melihat mu,
Hatiku begitu damai,
Rasa tak ingin kulewati,
Walau sedikit pun,
Apakah rasa ini akan selalu ada,
Tetapi aku takut,
Jika perasaan ku tak terbalas,
Mungkinkah perasaan ku,
Akan di balas dengan senyuman,
Akupun tak tahu,
Mungkin hanya waktu yang akan menjawabnya...

Hanya Untukmu

Semakin malam ku semakin terlelap oleh larutnya malam...
Semakin malam ku terhanyut ditemani bintang-bintang...
Wajahmu kan selalu hadir disetiap mimpi-mimpiku...
Hingga kini aku hairan mengapa ku sangat ingin mengenalmu...

Apakah ini perasaan cinta ?
Apakah ini perasaan suka belaka ?
Yang ku tahu ku tak ingin berpaling darimu...
Perasaan ini semakin lama semakin tak menentu...

Andai kamu bukakan hatimu untukku...
Ku kan selalu menjagamu seumur hidupku...
Bunga mawar walau berduri akan tetap slalu indah...
Kan kujaga cintaku padamu walau kubanyak menderita...

Dirimu kan selalu ku damba walau kau selalu berpaling dariku...
Kan kujaga rasa cinta ini walau kau tak mencintaiku...
Kan kupupuk rasa ini walau raga ini telah layu...
Kan selalu ku nanti cintamu hingga akhir nafasku...

Antara Sahabat dan Cinta

kini bibirku telah beku, tak mampu lagi berucap,
mataku telah terpejam, tak mampu lagi menatapmu,
tak sedikitpun keberanianku tuk berhadap denganmu...

kau bukan lagi sahabatku yg dulu,
sedarkah segala yg telah ku beri selama ni,
semua itu ku lakukan kerana kau sahabatku,
namun kau telah salah mengertikannya...

kau fikir ini cinta?? kau salah!!
bagaikan seorang seniman besar,
yang telah berhasil menyelesaikan karya terindahnya
kau pamerkan semua ini pada orang sekitarmu...

dengan paras kemenanganmu,
kau paparkan bahwa aku mencintaimu,
sedarlah, ini hanyalah rasa persahabatan,
bezakan antara sahabat dan cinta...

aku hanya seorang teman,
yang sekedar ingin menjadi sahabat terbaikmu,
namun apa yang kau lakukan,
kau hancurkan semua...

sikap dinginmu yang sengaja kau tunjukkan,
sebagai rasa protesmu akan cinta,
cinta yang sebenarnya tak pernah ada,
jauh dalam hatiku, aku rindu akan dirimu yg dulu...

Pesan di Subuh Jelita

Terdapat pesan pada Subuh nan jelita...
di mana mulanya pagi adalah..
dingin yang mulai menyusup dalam rahang jiwa
namun tak gentar diri dalam lamun alang angkasa...

Ingin kusampaikan yang tak teraba oleh mata namun nyata...
hanya hatiku bimbang untuk memulainya..
bisakah kau aturkan masa?
untuk aku bisa memulainya barang sekata...

Embunku tak lagi terjaga...
ia berteman dengan Subuh yang akan berjelaga
begitu pula denganku...
hanya aku tak dapat mulai
barang sekata....

Dan esok tetap akan jadi gubahan makna
bahwa hari ini ingin ku ungkap cinta....

di mana aku akan diam dan hanya berdiam
berdialog dengan masa meski tak bersuara...

dan Subuhku berpesan...
cintailah yang berhak dicintai
sayangilah yang berhak dan pantas disayangi...
namun embunku menentukan pilihannya...
pada yang bernama mentari meski akhirnya ia sirna kwrananya..

cinta embun dan mentari yang tak bersua namun indah dirasa...

Keangungan-Mu

Seandainya bila aku harus pulang..
aku ingin menyebut nama Mu
untuk yang terakhir kali,
kerana selama ini aku telah lalai
dan telah jatuh ke dunia yang sangat sangat hitam.

Di mana aku
oh di mana aku ini,
aku tidak tahu
bekal apa yang harus ku bawa pulang nanti.

Ya tuhan selama ini hamba mencurangi waktu,
tidak pernah berpikir dengan hati yang jernih,
berakal dan penuh dengan keikhlasan,
hamba hanya meninggi-niggi kan diri hamba.

Ya tuhan
berikanlah hamba setitis kurniaMu,
agar hamba tidak lagi tersesat
kejurang yang hitam
dimana hamba hanya sementara saja berpijak didalam nya.

Ya Tuhan
jika hamba memang harus pulang
berikanlah hamba setitis hidayah
agar hamba tidak lagi curang didunia Mu ini
biarkan hamba membawa bekal setitik saja..
amal amal dan kebaikan
agar hamba tidak tersesat di alam yang berikutnya.
Amin ya Rabbal 'Alamin...

Hati di Atas Kertas

Ku lukis wajahmu di atas senja.
Ku ingin kau tahu rasa yang ada.
Temani air mata ku...
Hinggapi sepi-sepi...
Berikan bahagia...
Cinta ini akan membawa kita kembali menuai rindu.
Lama sudah kita bepisah.
Izinkanlah aku berbisik merdu.
Bahwa aku masih mencintaimu.

Ahad, 13 Jun 2010

KETIKA SENJA MERONA...

ketika senja merona,
Kerana terluka,
Tapi hujan turun,
Menciptakan pelangi ditengah gurun,
Walau pun
Telah berkali-kali hujan titipkan pesan
Untuk sang senja,
Namun angin selalu saja menyamarkannya,
Saat kehadiran hujan,
Benar-benar telah dirasa,
Saat senja tiba,
Kini senja itu tak memekikan rasa,
Bagi sang hujan yang mencintainya,
Kini kehadiran hujan,
Menciptakan keresahan,
Untuk sang senja,
Yang mulai mencintainya,
Apakah sang hujan mengerti,
Isyarat rasa yang tertulis dibalik bilik jendela,
Saat dunia dipangkuan senja,

Jumaat, 11 Jun 2010

KETIDAKPUASAN HATI....



Hidup di dunia kalau niat bukan kerana nak berjuang demi Allah, janganlah nak tunjuk baik depan keluarga. Tolonglah!!!

Di sini saya ingin menyuarakan sedikit ketidakpuasan hati yang lama memberontak. Manusia mempunyai pelbagai ragam. Ada yang baik, dan ada yang buruk. Hari tu ada sekali intai profile facebook seorang hamba Allah ni. Punya lah dingin bercinta. Yang tak tahannya sebab dia belum kahwin. Create akaun facebook semata-mata nak menunjuk-nunjuk yang dia akan kahwin tak lama lagi. Bahasa panggilannya bukan main 'feeling' sesama mereka. Punya main asyik bercinta. Dah tau bercinta sebelum nikah tu haram, kenapa buat sedangkan Mujahidah tu belajar tinggi-tinggi. Belajar tinggi mana pun, kalau segala ilmu yang dipelajari tu dilupakan tanpa diamalkan, tak ada manfaatnya. Satu hari saya tanya, "hubungan kalian ni direstui?". Jawab sang mujahidah "Tidak, kedua orang tua mujahid tidak suka dia bercinta dengan ana."
Hmmmm... Cubalah kita renungkan bersama. Wujud dan lahirnya kita ke dunia ini kerana adanya seorang ayah, dan adanya seorang ibu. Bukankah setiap yang kita lakukan harus ada restu daripada mereka???


Apa nak jadi dengan wanita-wanita zaman sekarang ni!!!
Sedih saya tengok. Nak menitis air mata ni. Kalau cintakan ilmu, tolonglah jangan buat macam ni. Merosakkan fikiran. Ini ke yang akan ditonton orang-orang muda akan datang? Ini ke yang akan menjadi 'penguat semangat' golongan yang kurang arif?
TIDAK sama sekali!!! Secantik mana pun seorang wanita itu, tetapi kalau punya akhlah yang tidak secantik dan seindah wajahnya yang sering ditonton itu, tiada ertinya 'cantik' itu pada Allah.

Jadi, marilah kita sama-sama mengubah diri masing-masing. Carilah kekurangan diri dan perbaikilah mana yang mampu. Usahalah untuk mendapat yang terbaik kerana yang terbaik itu akan membuatkan kita menjadi lebih baik. Kita hidup berlandaskan Alquran dan As-sunnah. Bukan berlandaskan alam maya.

Sekian...Assalamualaikum

Pagi ahad 6 Jun 2010

Assalamualaikum...
Tarikh itu pasti tiba. Tiada yang benar2 berani untuk lalui. hari itu adalah MAUT. Maut datang tiada siapa yang menjangkakannya.

Pagi ahad 6 Jun 2010, saya terima panggilan daripada seorang doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Teruja dengan apa yang disampaikan. Tarikh keramat yang menjadi mainan dalam minda. Tarikh keramat itu mungkin mampu mengubah hidup ini yang telah lama sengsara, dan mungkin juga akan mendatangkan bahaya. Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa dan memohon padaNya.

Memang susah untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan hidup dan mati. Tapi keputusan yang saya lakukan ini mungkin adalah yang terbaik. Sebulat suara, saya umumkan yang saya tidak akan berdepan dengan tarikh tersebut. Tarikh tersebut adalah tarikh pembedahan untuk membuang tumor yang wujud di otak yang kadang kala membuatkan hati tak tenang.

Ya!!! keputusan ini sememangnya dijangkakan. Apa salahnya? Allah kan ada.
Bukan berputus asa, tapi tak berani ambil risiko yang tinggi. Bagi yang tak puas hati dengan keputusan ni, maaflah. Tapi ini yang pasti.!!!

Coretan terpaksa dinoktahkan dahulu. Salam ukhuwah buat yang sedang membaca, salam jihad fi sabilillah! Jangan kita lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia yang sementara. Carilah kebaikan dunia dan akhirat. Ingat! Masa itu ibarat nyawa, tidak akan kembali. Macam mana canggih pun alat-alat yang wujud, tak akan mampu menandingi kekuasaan Allah. Sedarlah wahai insan! Assalamualaikum

Isnin, 7 Jun 2010

Anas Bin Malik

Anas bin Malik baru berusia 10 tahun ketika beliau mula berkhidmat dengan Nabi Muhammad. Jangka masa beliau tinggal bersama nabi genap 10 tahun. Anas peka dengan hadis yang disampaikan oleh baginda. Banyak kisah, keadaan, rahsia dan sifat mulia nabi yang tidak diketahui oleh orang lain.

Sewaktu kecil, ibunya Ghumaisho’ telah mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Jiwanya dipenuhi dengan rasa cinta terhadap Rasulullah berkat didikan ibunya. Ketika Kota Yathrib dikejutkan dengan berita kedatangan baginda, hati dan perasaan untuk berjumpa dengan baginda semakin kuat.

Rasulullah memanggilnya Unais atau wahai anakku. Terlalu banyak ilmu dan nasihat serta peringatan yang disampaikan oleh baginda kepada Anas sehingga semuanya memenuhi dada dan menguasai mindanya.

Selepas kewafatan baginda, Anas hidup lebih 80 tahun selepas itu. Antara doa baginda kepada beliau ialah : “Ya Allah, kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah”. Allah telah memakbulkan doa tersebut dan beliau telah menjadi orang Ansar yang mempunyai bilangan anak yang paling ramai, paling kaya dan mendapat umur yang panjang. Anas hidup sehingga usianya 103 tahun.

Anas bin Malik merupakan perawi ketiga terbanyak yang meriwayatkan hadis nabi selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar

Uwais Al - Qarni

Uwais merupakan seorang pemuda yang telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah. Beliau berasal dari daerah Qaran di negeri Yaman dan wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.

Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi Muhammad namun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda. Hanya setelah kewafatan Nabi, beliau sempat berjumpa dengan Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib.

Uwais merupakan seorang pengembala kambing. Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud, Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana terkena batu yang dilempar oleh musuh-musuhnya. Hal ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW sekalipun dia belum pernah melihat atau bersua dengannya. Beliau SAW bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (saidina Ali k.w. dan saidina Umar r.a.) bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib iaitu khalifah yang sah pada ketika itu dalam Peperangan Siffin yang diketuai Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.

TERDAHULU MEMBERI SALAM

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir disisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka) – Hadith riwayat Abu Daud

Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasululllah s.a.w bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat takabbur. – Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai. -Hadith riwayat Bukhari

KESABARAN

Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.

Syukur dan sabar merupakan sarana meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah.

Setiap hari kita selalu dituntun oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita. Luruskan niat ketika datangnya keinginan.

Kita dikurniakan oleh Allah keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima.

Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niat saya ini? Betulkah tujuan saya? Mintalah petunjuk kepada Allah.

Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita.

LIMA PERKARA YANG PERLU DISEGERAKAN

Lima perkara yang perlu disegerakan

Lima perkara jangan ditunda-tunda pelaksanaannya:

1. Solat bila tiba waktunya
2. jenazah bila telah siap penguburannya
3. mengahwinkan gadis bila ada lelaki sepadan datang meminangnya
4. melunasi hutang bila sudah mampu membayarnya
5. menyegerakan jamuan untuk tamu yang datang.

IBADAT DALAM DIAM - DIAM

Ibadat dalam diam-diam

Dirawayatkan dari Nabi s.aw:

Apabila sudah hari kiamat, maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung dan mereka terbang diatas dinding-dinding syurga.

Penjaga syurga bertanya kepada mereka: Siapakah kamu sekelian?

Mereka menjawab: Kami semua adalah dari umat Nabi Muhammad s.a.w.

Penjaga syurga bertanya: Apakah kamu mengetahui hisab?

Mereka menjawab: Tidak

Kemudian penjaga syurga bertanya lagi: Apakah kamu tahu titian (siraathal mustaqim)?

Mereka menjawab: Tidak

Penjaga syurga bertanya lagi: Dengan apa kamu mendapat darjat yang tinggi ini?

Mereka menjawab: Kami telah beribadat kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia, maka kami dimasukkan ke dalam syurga di akhirat dengan diam-diam juga.

Selasa, 1 Jun 2010

IKRARKU....


Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain…


Aku telah rela Allah sebagai Tuhanku,
Dan Islam sebagai agamaku,
Dan Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasulku.



Dan aku berikrar :

Ilahi, Ya Tuhanku Engkaulah tujuanku,
Keredhaan-Mu lah yang aku cari,
Hamba mengharapkan kasih sayang-Mu,
Serta mengharapkan menjadi hamba,
Yang tetap cinta dan terdekat kepada-Mu....


Waktu - waktu istijabah

Waktu – Waktu Istijabah
( Saat – saat yang terbaik untuk berdoa )


01. Sesudah solat fardhu lima waktu.
02. Ketika I’tidal yang terakhir dalam solat.
03. Ketika sujud, terutama dalam sujud yang terakhir.
04. Ketika azan dilaungkan untuk solat.
05. Antara azan dan iqamat.
06. Pada larut malam, terutama sepertiga malam yang akhir.
07. Pada waktu sahur (sebelum fajar)
08. Sepanjang malam jumaat dan hari jumaat.
09. Sesudah asar menjelang maghrib pada hari jumaat.
10. Ketika khatib duduk di atas mimbar sesudah khutbah pertama.
11. Sesudah imam membaca “Waladh-dhaaalliin”.
12. Setelah khatam Al-Quran.
13. Ketika kaum muslimin berkumpul di sebuah majlis.
14. Sesudah pengajian di majlis ta’lim atau majlis syarahan.
15. Sepanjang bulan ramadhan.
16. Pada malam Lailatul Qadar.
17. Ketika wuquf di Arafah.
18. Ketika mengerjakan tawaf.
19. Ketika mengerjakan saie.
20. Ketika minum air zam – zam.
21. Sesudah mengambil wudhu’.
22. Ketika hujan turun amat lebat.
23. Ketika mengunjungi orang sakit.
24. Ketika menutup mata mayat.
25. Ketika berbaris menuju medan perang.
26. Ketika pertempuran di medan perang.


“Barangsiapa dibukakan pintu doa baginya, bererti telah dibukakan pula beberapa pintu rahmat baginya”.
( Riwayat Al-Imam At-Tirmizi )


Waktu – waktu istijabah ini adalah berdasarkan hadis – hadis Rasulullah S.A.W, kerana baginda menganjurkan agar kita berdoa pada waktu – waktu tersebut. Bagaimanapun pada umumnya di segala waktu adalah boleh untuk kita berdoa.


Ahad, 2 Mei 2010

Sesal diriku

Ukhti....
Maafkan aku
Yang tak bisa setia padamu

Bencilah aku ukhti
kerana ku yang telah buatmu kecewa
Aku yang telah dukakan hatimu

Aku yang tak bisa menjaga hatiku
Aku ini penghianat, Aku ini jahat
Aku selalu buatmu menangis

Ukhti adakah maaf untuku?
Masih tersisakah sayang untuku?
Aku selalu berdoa untukmu

Semoga kamu mendapatkan rahmat kasih yang terbaik...

Sujudku padaMu

Setiap sujudku selalu ku sebut namamu
Tuhan.....
Adakah secercah harapan
Yang engkau berikan...

Selalu terbayang di mataku,
Tubuh - Tubuh yang bergelatakan,
Tak tersadar dan tak bersuara...

Kadang rintihan mereka terdengar
Setiap mereka menyebutkan namaMu
Tuhan.......

Anak - Anak menjerit,
Para orang tua meraung - raung,
Mereka ketakutan, berlari bergerumul...

Dunia gelap,Tiada yang mampu menyinari,
Sana sini terdengar tangisan,
Terdengar jeritan yang sangat pilu,
Menghiris hiris hati…...

Selasa, 23 Mac 2010

TUHAN, TOLONG AKU......

Tuhan…
ku berlutut padaMu
ku merengkuh sakit


Tuhan….
tolonglah hidupku
kan ku ingat ajal telah mendekatiku
kini hidup tak akan bererti


Tanpa ketulusan dan kebesaran dalam hati ini
kini ku ingat diriMu
selalu mengiringi setiap langkahku
hidupku dan jiwaku
hanya Engkau yang tahu…..


Tuhan…
baru ku sedari,
betapa berertinya hidup ini dengan iman dan taqwa padaMu…


Tuhan…
baru ku tahu,
betapa perit hidup ini tanpa ilmu dan amal,
tanpa derita dan sakit…


Tuhan….
baru ku lihat,
betapa siksa sebuah kehidupan yang penuh dosa,
betapa siksa sebuah kehidupan yang penuh cacat cela…


Tuhan….
sedarkanku betapa agungnya kuasaMu…..
sedarkanku betapa terbuktinya kewujudanMu….
TUHAN

Ku harap petunjukMu...

Ya Rabbi….
Aku harapkan petunjukMu,
Dalam hening sepi rindu hati tertawa,
Ke renungkan setiap detik amalku padaMu,
Jauh sudah aku dari jalanMu, Mencari jalan pulang menuju jannahMu…


Ya Rabbi….
Aku memohon rahmatMu, Aku memohon hidayahMu, Aku momohon keampunanMu….


Ya Rabbi….
Kau halanglah jiwaku daripada tergoda dengan nafsu syaitan, Kau lindungilah diriku daripada maksiat terhadap diriMu, Kau jagalah hatiku ini daripada terpaling daripada jalanMu…..


Ya Rabbi…..
Kau masukkanlah aku kedalam syurgaMu… Kau tempatkanlah aku bersama-sama orang yang sentiasa mengingatiMu….. Kau teguhkanlah pendirianku agar tidak terjerumus dengan dosa-dosa dan kenikmatan hidup di dunia………


Engkau kabulkanlah doaku….


ameen….ameen….ya rabbal ‘alamin….

Ahad, 21 Mac 2010

YA ALLAH..........

Ya Allah……
jadikan aku diantara ahli syurga,
yang mencintai dan merinduiMu sentiasa,
yang mampu merintih dan tangisi dosa-dosa diri….
Ya Allah……
jadikan aku diantara orang yang lidahnya sentiasa basah dengan Asma-asmaMu,
yang air matanya mengalir karena takut pada azabMu……
Ya Allah…….
jadikan aku diantara orang yang mencintai Mu…
yang imannya kuat padaMu, yang taqwanya tinggi kepadaMu….
Ya Allah……..
bimbinglah aku….
pimpinlah aku.... agar sentiasa bersama dengan islamMu….
Aku hambaMu yang jahil…. berikanlah hidayah dan rahmat kepadaku… agar dapat aku meneruskan jihadku dalam menegakkan agamaMu!!!

APABILA HATIKU MEMOHON....

Ummi…..
Engkau hanya insan biasa,
tapi engkau gagah di mata anak-anakmu…

Ummi….
aku sanjung pengorbananmu,
hidupmu penuh dengan derita,
kau tetap gagah,
walau dicemuh insani….

Ummi….
tatkala engkau kecewa dengan suamimu,
engkau berdiri gagah meneruskan ranjau berduri yang menusuk tajam….

Ummi….
dalam jiwamu penuh dengan luka yang sudah lama berdarah,
kau balutnya dengan kekuatan dan keimanan,
kau selalu berdoa,
dan memohon rahmat Allah…..

Ummi!!!
tegakkanlah!! utuhkanlah!!!
semarakkanlah panji-panji ketaqwaan yang ada pada dirimu!!


Ummi….
dahulunya kau gagah berdiri tidak goyah,
tetapi sekarang,
kau sering sakit,
kau sering lelah,
kau sering merasakan kepedihan dan derita sakit di dunia…..


Ummi…..!!!!
jangan kau tinggalkan kami..!!!
belum sempat aku membalas jasamu dengan kejayaan!!!
belum sempat aku membalas jasamu dengan harapan yang kau impikan!!!
nanti ummi!!!!
jangan tinggalkan aku sendirian!!!


Ummi….
aku tahu kau harapkan aku berjaya….
tak sanggup aku membawa segulung ijazah dan menangis di kuburmu…
dakaplah aku setelah aku berjaya….
jangan kau pergi sebelum aku membawa kejayaan….


Ummi…..
aku tahu……..
setelah perginya kau buat selama-lamanya nanti,
akan aku dipelihara oleh ayah,
dalam pemeliharaan itu,
aku akan dihina,
dicaci,
di maki oleh insan yang pernah membencimu….

Ummi…..
tatkala aku masih berjuang di muka bumi ini,
kau sentiasa memberi kata-kata semangat,
kau asuhku mengejar kejayaan….

UMMI!!!!
BERITAHULAH PADA AYAH!!!!
AKU SAYANGKAN AYAH!!!!
AKU IMPIKAN PELUKAN SEORANG AYAH!!!!
BAWA AKU KEPADA AYAH!!!
AKU INGIN TATAP WAJAH AYAH!!!!
BERITAHU PADA AYAH!!!!
APABILA IJAZAH SUDAH DI TANGANKU, AKU INGIN PELUK TANGIS AYAH!!
BERITAHU PADA AYAH!!!!
AKU INGINKAN KASIH SAYANG SEORANG AYAH!!!!

Sabtu, 20 Mac 2010

Mutiara Iman....

MUTIARA IMAN:

ZUHUD VS CINTA DUNIA

عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضى الله عنه قال : جاء رجل إلى النبى صلى الله عليه وسلم: فقال : يارسول الله دلّني على عمل إذا عملته أحبّنى الله وأحبني الناس. فقال : ازهد فى الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس. حديث حسن.

Dari Abi Al Abbas Sahl Bin Sa’ad Sa’idiy RA, Katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW bersabda : Ya Rasulullah ! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh ALLAH dan dikasihi oleh manusia. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : hendaklah zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi ALLAH, dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia. ( Hadis Hasan )

Ulasan Hadis :

1. Hadis ini menceritakan tentang zuhud. Zuhud yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah zuhud dengan dunia iaitu berpaling dari suatu atau menghendaki kepada suatu kerana nilainya. Menurut istilah syara’ ialah mengambil sekadar yang perlu dari suatu yang diyakini halalnya.

2. Namun istilah zuhud menurut tasawwuf terlalu banyak pengertian dan tafsirannya. Diantaranya ialah : 1) Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya. 2) Meninggalkan kesenangan dunia kerana kesenangna akhirat. 3) Kosongkan hati daripada suatu dan letakkan ianya hanya ditangan. 4) Menghindarkan duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan yang ada.

3. Namun makna yang paling dipersaetujui ulama’ ialah oleh Ibnu Qayyim Al Jauzi : ( Kosongkan hati dari dunia bukan kosong ditangan ) dalam makna yang lain : ( Kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia atau syurga diakhirat kelak kecuali ALLAH ).

4. Manakala zuhud menurut Imam Ghazali ialah : ( Bukanlah orang yang zuhud itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zuhud ialah orang yang tidak bimbang sekirangya hartanya dan seluruh alam ini kepunyaannya) .

5. Sesungguhnya sifat zuhud adalah sifat yang mengandungi suatu pengertian yang sangat beharga dan mulia. Selagimana seseorang itu percaya kepada dirinya dalam urusan dan berlepas harap daripada manusia dan nafsu maka dia kan terpelihara daripada sifat yang boleh merosakkan kehormatanya.

6. Manusia hari ini, berlumba-lumba dalam mengejar dunia, sesama sendiri bermegah-mengah dengan kemewahan yang ada, malah tidak merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak boleh nampak ada orang yang lebih mahu disainginya.

7. Besyukurlah dengan apa yang kita miliki, kerana dunia milik DIA dan seharusnya kita mencintai DIA bukan mencintai duniaNYA.

8. Untuk mengenal diri samada memiliki cinta dunia atau tidak, contohnya; jika kereta (benda atau apa-apa yang kita sayang) yang kita miliki hilang, dicuri atau rosak, maka ketika itu jika ada perasaan sedih, hampa, tidak puas hati dan berkocak dihati dengan sebab kehilangannya, itulah tanda di hati kita ada cinta terhadap dunia....sebanyak mana yang kita sedih dan runsingkannya maka sebanyak itu jugalah akhirat keluar daripada hati kita. WALLAHU’ALAM.

Muntahlah atas tangan Amid

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


17 tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.
Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"
jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"
hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"
pujuk saya lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"
katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"
soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"
balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"
kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya,
biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"
kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,
buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,
"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"
jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek,
mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.
tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.
Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.
Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.
Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.