Khamis, 22 Julai 2010

Dari Kegelapan Menuju Cahaya

Duhai Jiwa,

Saatnya kau bangkit dari rasa tak berdaya,
Dari rasa malas menuju semangat membara,
Dari keterpurukan rohani menuju jalan-Nya...

Masa lalu telah jauh tinggalkan dirimu,
Masa depanmu menanti tuk dirajut bermakna,
Sebelum kematian menghampiri dirimu,
Hari inilah saat yang tepat tuk merangkai asa...

Tahun berganti bukan sekadar nama,
Itu adalah makna berhijrah,
Dari keburukan menuju kebaikan,
Dari kegelapan menuju cahaya...

Selasa, 20 Julai 2010

Pujilah Dia,Kerana Nafasmu Adalah Anugerah-Nya…

Sahabat,
Biarkan angin terus berhembus,
Biarkan air terus mengalir,
Jangan kau cegah dan lawan hembusannya,
Jangan kau tentang kemana mengalir arusnya...

Kehidupan kan terus berjalan,
Perjalanan akan tetap terasa panjang,
Semua tak hanya berakhir di dunia,
kerana kelak banyak hal yang akan kita bawa...

Bersabarlah dalam gerak yang cermat,
Hiduplah dalam langkah penuh manfaat,
Hari ini adalah anugerah dari-Nya,
Hari kemarin adalah pengajaran dari-Nya...

Kehidupan adalah hadiah-Nya,
Setiap nafas adalah nikmat dari-Nya,
Pujilah Dia atas segala pemberian-Nya,
Sucikan nama-Nya yang menganugerahkan segala,
Kerana Dia-lah yang paling pantas atas pujian,
Kerana Dia-lah yang lebih layak untuk diagungkan...

Jika Tanpa Ampunan-Mu....

Apalah diriku,
Hanya sebongkah tanah yang IA bentuk menjadi manusia,
Yang atas Rahmat-Nya IA jadikan ku mampu bicara,
Yang IA jadikan diriku mampu melihat dan berkata,
Namun sedikit dariku terlahir kesyukuran atas berlimpah anugerah...

Ya Rabb,
Jika bukan kerana Rahmat-Mu,
Sungguh tidak layak kiranya diriku hidup...

Ya Rabb,
Jika bukan kerana besarnya Ampunan-Mu,
Secuit dosa hamba sudah pasti meluluh lantakkan segala,
Jika tanpa ampunan-Mu Ya Rabbi...

Apalah erti tarikan nafas ini.....

Derita itu belaian....

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama tak buka cerita pasal kehidupan seharian ni. Almaklumlah kesibukan yang melanda diri sukar untuk dielakkan. Walau macam mana sibuk pun, Allah tetap yang utama.

Apa yang saya nak cerita ni, untuk renungan diri sendiri yang masih kurang bekalan untuk kembali pada Pencipta juga. Pagi tadi, orang lain sibuk riadhah, saya dan seorang sahabat (nama dirahsiakan) duduk tepi longkang cerita-cerita lah tentang perangai seorang sahabat. Tiba-tiba pula boleh masuk tajuk lain.

Cerita punya cerita, tiba-tiba dia bagi tahu yang dia sakit. Saya pun apa lagi, mula lah tanya macam-macam soalan. Akhirnya, dia cakap, dia hidap hepatitis B. Saya dengan muka yang tak tahu nak cakap apa, tersentap dengan apa yang dia cakap. Sungguh saya tak sangka, seorang teman yang selama ni amat periang, rupa-rupanya ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Kami pergi mana-mana mesti bersama. Orang kata kami kembar 3, ada yang cakap macam blankas. Kami dah macam adik-beradik. Lepas dia cakap yang dia menghidapi penyakit tu, saya pun mula cerita apa yang saya alami. Saya sebagai salah seorang daripada sahabat dia amatlah bimbang kalau ada apa-apa terjadi.

Allah menguji hamba-Nya kerana Dia menyayangi hamba-Nya itu. Tidaklah Allah menguji manusia melebihi kemampuannya sendiri. Sabar adalah kunci segala ketenangan. Allah mengasihi hambaNya yang sabar. Buat teman yang saya maksudkan, bersabarlah kamu dengan apa yang Allah dugakan. Terimalah qada' dan qadar Allah dengan redha seikhlas hati. Allah itu Maha Adil, tentu ada kemanisannya dalam setiap ujian yang kita tempuhi. Jangan pernah menyerah kalah dengan dugaan yang Allah datangkan pada kita.

Kesimpulannya, kita sebagai hamba yang mengaku beriman, tambah-tambahlah amal kita untuk kembali pada Pencipta kita yang Agung. Jangan sekali kamu leka dengan kenikmatan dunia yang cukup lembut belaiannya.

Ini saja lah yang ingin saya katakan. Semoga kita mengambil ikhtibar dengan setiap kejadian yang Allah datangkan pada kita. Assalamualaikum

Isnin, 19 Julai 2010

Kata - kata hikmah...

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh...

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman...

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta...

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu...

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan...

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri...

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri....

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar...

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan...

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya...

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada...

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya...

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat... ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu....

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan....

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan...

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan...

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu...

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini...

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi...

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang...

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi...

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya...

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan...

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau... - Saidina Umar Al-Khattab

Ahad, 18 Julai 2010

Terasa Hiba....

Teman...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku mahu menyuruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis denganmu..

Teman...
jika terasa tiba2 mahu melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan menyuruh kau berhenti..
tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

Teman..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Tetapi Teman..
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas pesananmu…
aku tidak angkat panggilan daripadamu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu mungkin aku perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini…
Dan pada waktu itu…
Doakanlah kesejahteraanku di alam sana.

Jadilah manusia yang baik....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Antara 9 Siti yang patut dicontohi Oleh Isteri-Isteri...

Assalamualaikum,

Beruntunglah si suami jika mendapat isteri-isteri yang solehah...
Syuga Bagi Isteri Yang Mentaati Suaminya...
Antara 9 Siti yang patut dicontohi Oleh Isteri-Isteri...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

Wahai insan

Wahai Insan Yang Mengabdikan Diri,
Andai Kamu Lihat Perjuangan Kami,
Amal Ibadatmu Bolehlah Dibandingi,
Linangan Airmata Di Pipi,
Masakan Sama Dengan Darah Membasahi Bumi ?
Atau Kuda Untuk Permainan Sendiri,
Masakan Sama Kuda Pejuang Pertiwi ?
Demi Menyahut Seruan Nabi,
Seruan Benar, Tidak Mungkin Didustai,
Dan Debu-DebuYang Memasuki Hidung Kami,
Samakah Dengan Semaraknya Api Di Neraka Nanti ?....

Ya Tuhanku!!!

Wahai Tuhan yang maha pemurah,
Terangilah ku dengan Nur imanmu,
Hanya padamu tempat aku berserah,
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang maha pengasih,
Ampunilah segala dosaku,
Laksana buih di laut memutih,
Arus deras gelombang nafsu,
Hari-hari yang telah aku lalui,
Tak ingin aku terus bersemadi,
Ingin aku kembali,
Kepada fitrah insani...

Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi,
Relakanlah diriku dari dibelenggu,
Noda dosa nafsu durjana,
Terimalah taubat ku Ya Allah,
Ampunilah dosaku Ya Allah...

Dalam Setiap Langkahku...

Dalam setiap langkahku,
ku gapai nama-Mu Tuhan!
Tunjukkanku jalan pulang,
jalan yang membahagiakanku,
jalan yang mendekatkanku pada-Mu...

Nyaris aku memutar arah,
berpaling terus dari menyembah-Mu,
kini aku hanya mampu bersyukur,
hidayah-Mu menjadi teman,
antara aku dan keagungan-Mu...

Ya Tuhan,
jika aku mengaku beriman,
Kau suluhkanlah cahaya petunjuk,
yang bisa ku jadikan pedoman,
untuk mengisi keimananku dengan penyeri taqwa...

Sabtu, 17 Julai 2010

Indahnya syurga...

Bahagia itu dari dalam hati,
Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata dalam hati,
Terbenam bagai mutiara disalut nurani...

Bahagia itu pada HATI,
Bertakhta di kerajaan diri,
Bahagia itu pada JIWA,
Mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu KESABARAN,
Bila susah tak gelisah,
Bila miskin tak pemarah,
Bila gagal tidak resah...

Hakikatnya bahagia itu ketenangan,
Bila hati mengingati tuhan,
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu,
memberi ketenangan pada hati,
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Nabi Idris menikam mata iblis...

Pada suatu hari sedang Nabi Idris A.S duduk menjahit bajunya, tiba-tiba di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki dengan memegang di tangannya sebiji telur. Katanya "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka Nabi Idris pun memandang lelaki itu lalu dikenalinya sebagai musuh Allah iaitu iblis.

Maka kata Nabi Idris A.S - "Marilah dekat kepadaku, tanyalah apa yang engkau kehendaki." Maka raja iblis itu pun datang dekat di sisinya lalu berkata "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka sahut Nabi Idris - "Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur yang sebesar ini, bahkan ke dalam jarum aku sekecil inipun Tuhanku sangat berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya," lalu dengan pantas Nabi Idris pun menikam mata raja iblis itu dengan jarum. Maka raja iblis pun terperanjat dengan kesakitan lalu berlari membawa dirinya dengan menerima tandatangan Nabi Idris buta sebelah matanya hingga tibalah kedatangan junjungan kita dan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W....

Soal Nabi kepada iblis...

"Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku?" Maka sembah iblis: "Adalah umat tuan hamba itu kepada hamba ada 3 macam -1)Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuh-tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata jibril alaihi salam: "Ada pun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat", 2) Umat tuan hamba itu seperti tanah iaitu orang sabar, syukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal yang soleh dan tawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan 3) Umat tuan hamba itu keadaannya seperti Firaun terlampau sangat tamak dengan harta dunia dihilangkan amal akhirat. Maka suka citalah hamba kepadanya lalu hamba masuk ke dalam tubuhnya, hamba putar hatinya menuju ke lautan derhaka. Apabila telah tetap pada jalan kejahatan hamba hela barang ke mana kehendak hamba, jadi sentiasa ia bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan pada beramal, tiada mengeluarkan zakat hartanya dan setengah yang miskin hendak beribadat, hamba goda ia biar kaya dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan cita-citanya mendapat kesenangan maka dilupakannya berbuat amal tiada mahu mengeluarkan zakat hartanya seperti Qarun dengan mahligainya dan dirinya serta harta bendanya habis terbenam ke dalam bumi kerana ianya tiada mahu membelanjakan pada tiap-tiap jalan yang memberi kebajikan dan jika kena sakit tiada sabar, ia sentiasa berbimbang hatinya akan hartanya dan setengahnya yang kaya asyik dengan berebut dunianya, cakap besar kepada sesama islam dan benci kepada yang miskin dan menghinakan kepada mereka itu dan gemar mengeluarkan hartanya kepada berbagai-bagai jalan yang maksiat dan menaburkan hartanya kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan kelab-kelab.....

Jumaat, 16 Julai 2010

Doa hamba yang hina...

Wahai Maha Pencipta; Pemelihara,
Maha Adil dan Maha Pemaaf,
Penguasa barat dan timur,
Langit Dan Bumi,
Tuhan alam semesta,
Maha ghaib dan Maha Nyata...

Tuangkan kasih dan cahayaMu,
ke dalam badan, hati dan jiwa kami,
gunakan kami untuk keperluanMu,
tuntunlah kami pada kebajikanMu...

Mohonku padaNya

Wahai Allah yang Halim,
Yang Maha Penyantun,
kesantunanMu menyebabkan semua penderhaka,
berkesempatan menyedari kesalahannya,
dan kembali menggapai rahmatMu...

Sementara diriku, tak sanggup menyaksikan perbuatan derhaka,
yang terjadi di sekitarku,
sehingga aku mahu bertindak dan membenci mereka...

Oleh itu wahai Al-Halim, kiranya Engkau berkenan,
mencurahkan setitis kesantunanMu,
supaya aku dapat mencintai dan menyayangi mereka,
tanpa menuntut apa pun daripada mereka...

Mahu ataupun derhaka; Kau tidak peduli,
cinta dan sayangMu tetap saja mengalir bagi mereka...

Ahad, 4 Julai 2010

Bulan dan bintang

Dalam setiap langkah yang ada,
ku jalani bersama matahari,
bila senja, aku kan sedih...
tapi ada rasa yang tersimpan,
apakah bulan dan bintang,
mahu temani aku...
melewati malamnya..??

Bulan dan bintang,
jangan berlari dariku,

jangan melangkah sedetikpun,
kerana aku tak mahu,
kehilanganmu lagi....

Apa ertinya persahabatan ini

Telah nyata,
nukilan puisiku buatmu,
persemaian persahabatan buat dirimu,
nilai erti persahabatan buatmu,
umpama rindu saling merindu...

Fahamlah erti bagaimana merinduimu,
fahamlah akan erti sayangku buat dirimu,
percayalah sahabatku,
lakaran ini untuk dirimu...

Ingin sekali aku,
mengisi sisa-sisa hidupku,
mengisi baki-baki umurku,
bersama dirimu sahabatku,
di sini tersemai hakikat persahabatan tulusku padamu...

Tidak pernah ku kecewa,
bagaimana telah kau lukakan hatiku,
bagaimana telah kau menikam hatiku,
sedarlah kau sahabat,
keikhlasanku bukan bahan gurauan.....

Destinasiku

Sahabatku,
mengapa kau tinggalkan aku,
tatkala ku memerlukan dakapan hangatmu,
ku perlu kau sentiasa di sisiku,
dengan terus menemani aku...

Masih teringat di waktu dulu,
episod persahabatan diputik bersama,
kau dan aku mengharungi segala,
ke syurga abadi hendaknya...

Kasih sayangmu tiada ganti,
walaupun telah berjanji mengukir hidup bersama,
sehidup dan semati...

Apakan daya,
Tuhan lebih menyayangimu.....

Sabtu, 3 Julai 2010

SAYANGILAH DAKU DALAM SEGALA KEADAAN

Bersyukur pada Allah S.W.T kerana masih mampu bernafas di bumi Allah yang sementara ni... Assalamualaikum pembuka bicara... Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat dan kasih-Nya...

Khamis ni, 8 Julai 2010 genaplah 3bulan arwah Sheikh Muhammad Siddiq Qushri pergi. Al-fatihah buat arwah. Arwah menghidapi dua jenis penyakit berbahaya. Kanser usus dan barah otak. 6 tahun arwah hanya duduk di atas kerusi roda bertemankan al-quran 24jam. Arwah meninggal 3jam selepas menjalani pembedahan.

Masa arwah masih bernyawa, arwah memang seorang yang tabah. Seorang yang pendiam, tetapi diamnya penuh dengan seribu makna. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya, setiap kata-kata yang terucap dari bibirnya penuh dengan kemanisan iman. Saya akui, arwah memang seorang yang budiman. Walaupun berkerusi roda, arwah mempunyai semangat yang kuat.

Pesan terakhir arwah pada saya, "bercinta biarlah setia, sesetia siang pada malam, sesetia abg pada kamu". Hingga kini, saya kuat berpegang dengan kata-kata arwah. "Jika ada yang bertanya, gilakah kamu bercinta dengan orang yang telah tiada, katakanlah apa yg telah abg katakan".

Benarlah kata arwah, bercinta biarlah setia. Kini, cintaku sepenuhnya hanya pada Allah. Hidup dan matiku kerana Allah. Kepergian arwah masih terasa hingga kini. Namun siapalah kita sebagai manusia untuk mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa.


YA ALLAH, DENGAN KEMULIAAN-MU,
SAYANGILAH DAKU DALAM SEGALA KEADAAN,
KASIHI DAKU DALAM SEGALA PERKARA,
KEPADA SIAPA LAGI SELAIN ENGKAU
AKU MEMOHON DIHILANGKAN KESENGSARAANKU,
DAN DIBERKATI SETIAP URUSANKU.....

Jumaat, 2 Julai 2010

Dalam memohon redha Ilahi

Senyumku untuk semua orang,
tetapi deritaku untuk seorang,
dialah yang menorehkan luka dalam,
setelah kutorehkan luka dalam pula padanya...

BAHAGIA bukan milikku kini,
BAHAGIA tidakku galas di dunia kini,
kebahagiaan menjauhiku setelah sekian lama tidak kusedari bahawa dia menderita....
Aku hanyalah insan yang saat sukar dipagari zikir,
pedang yang kuhulurkan akan menjadikanku BIDADARI TAK BERSAYAP...

Aku terlahir sebagai hati putih,
namun kini,
titik-titik hitam mulai bertapak,
kekalahan ini hanya sementara,
masih ada jihad yang membara,
mengembalikan warna putih dan sayapku...

Tangisku...
hanya tangis kerana Dia,
hanya tangis kerana sesalkan dosa...

Senyumku...
hanya senyum kerana amal ibadatku,
hanya senyum kerana semangat jihadku...

Khamis, 1 Julai 2010

Di celah-celah doaku

Badan terasa sejuk...
menggigil kedinginan,
Segar tak terkirakan,
Rumput beralun mekar,
Di tiup angin dingin hari...

Burung menyanyikan lagu sepi,
Hinggap di pohon membunyikan diri,
Matanya melihat kearah taman hati,
Pandangannya terpesona oleh pemandangan cantik...

Ya Allah,
alihkanlah aku,
daripada melihat yang buruk,
daripada melakukan yang terkutuk,
daripada niat yang buruk,
daripada kata-kata yang teruk,
dan daripada perasaan yang bongkak....

Ya Allah,
peliharalah aku,
redhailah segala perbuatanku,
berkatilah segala amalku,
selamatkanlah hari-hariku,
terangkanlah pandanganku,
dan rahmatilahku....

Tinggal kenangan








Tak ingin ku berpaling

Tuhanku...
Dalam termenungku sendirian,
Aku masih menyebut nama-namaMu....

Biar sukar sungguh,
mengingat Kau tetap ku mahu...

Cahaya panasMu yang suci,
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi....

Tuhanku...
aku hilang arah hidupku,
remuk aku tanpa petunjukMu...

Tuhanku...
aku mengembara di negeri asing,
bertemankan kitabMu siang dan malam...

Tuhanku...
di pintuMu lantas aku mengetuk,
aku tidak bisa berpaling lagi...

Tuhanku...
Kiranya Kau ampunkan aku,
sungguhku malu dengan kehinaanku...

Laut membawa jasadku

Laut terus membawa jasadku,
terbujurku kaku di hadapanMu,
ke malam-malam pekat,
ke makam-makam sunyi,
menggigil badan takutkan tergelincir,
tanah pun basah kian melumpuhkan langkah,
yang berhenti pada gerbang-Mu,
kau pun tersedu lalu hujan turun,
menggambarkan ketajaman pisau padaku,
laut tak pernah henti dan jemu membawa jasadku,
ke makam-makam sunyi-Mu untuk ditanamkan terus tanpa nyawa!
aku masih sendiri dalam kematian ini,
di semesta sempurnalah ketiadaanku......

Aku ingin menjadi hamba-Mu

Ya Allah, Ya Tuhan ku....
Ampunilah aku di malam ini, disaat ini semua dosa,
yang pernah aku lakukan, semua keburukan yang
pernah aku rahsiakan, semua kedunguan yang
pernah aku amalkan.....

Yang aku sembunyikan dan aku tampakkan,
yang aku tutupi atau aku tunjukkan....

Ampuni semua kebusukkan ku,
yang telah Engkau suruhkan Malaikat yang mulia mencatatnya.....

Dengan Rahmat-Mu Engkau sembunyikan keburukan itu,
dengan kurnia-Mu Engkau menutupinya....

Wahai junjungan ku, Pelindung ku, Pemilik nyawaku,
jadikanlah waktu-waktu malam dan siang ku,
dipenuhi dengan dzikir kepada-Mu...

Kuatkan anggota badanku,
untuk berbakti pada-Mu,
Teguhkan tulang-tulangku untuk berbakti kepadaMu.
Teguhkan tulang-tulangku untuk melaksanakan niat ku.
Kurniakan pada ku kesungguhan untuk terus kekal bertaqwa kepada-Mu......

Perjalanan ini

Perjalanan ini...
menyusuri perigi dunia terik kering,
adalah jiwa kita yang lelah....

Perjalanan ini...
menyusuri bumi pahit manis dan langit asing,
adalah kita yang leka menyandang berjuta beban...

Perjalanan ini...
menyusuri hutan berantangan sepi bentangan api,
adalah kita yang menyandang luka dan seribu jalan,
adalah kita yang mendukung senja dan sejuta salib hitam...

Dekatkan daku pada-Mu ya Allah

Ya Allah.....
Ampunilah Dosa-dosa ku,
yang mendatangkan bencana...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang merosakkan kurnia...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang menahan doa...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang mengundangkan bala...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang telah kulakukan...
Ampunilah dosa-dosa ku,
yang telah ku kerjakan...

Ya Allah.....
Aku datang menghampiri-Mu,
Aku memohon pertolongan-Mu,
Aku bermohon pada-Mu dengan kemurahan-Mu,
Dekatkan daku dengan keagungan-Mu,
Sempatkan daku untuk bersyukur kepada-Mu,
Bimbinglah daku untuk selalu mengingat-Mu......

MAUT YANG MEMANGGIL

Datang maut memanggil namaku,
tersentak aku dari lamunan,
ketika bisikan kata teringat akan dosa...

Maut datang tanpa memberi salam,
apakah datang bukan dari pintu,
atau memang itu caramu bertamu...

Maut!!! pastikah itu alamat yang tertulis di daftarmu,
maut!!! jangan dekati aku,
aku malu bertemu,
aku kotor,
jauhilah aku....