Selasa, 23 Mac 2010

TUHAN, TOLONG AKU......

Tuhan…
ku berlutut padaMu
ku merengkuh sakit


Tuhan….
tolonglah hidupku
kan ku ingat ajal telah mendekatiku
kini hidup tak akan bererti


Tanpa ketulusan dan kebesaran dalam hati ini
kini ku ingat diriMu
selalu mengiringi setiap langkahku
hidupku dan jiwaku
hanya Engkau yang tahu…..


Tuhan…
baru ku sedari,
betapa berertinya hidup ini dengan iman dan taqwa padaMu…


Tuhan…
baru ku tahu,
betapa perit hidup ini tanpa ilmu dan amal,
tanpa derita dan sakit…


Tuhan….
baru ku lihat,
betapa siksa sebuah kehidupan yang penuh dosa,
betapa siksa sebuah kehidupan yang penuh cacat cela…


Tuhan….
sedarkanku betapa agungnya kuasaMu…..
sedarkanku betapa terbuktinya kewujudanMu….
TUHAN

Ku harap petunjukMu...

Ya Rabbi….
Aku harapkan petunjukMu,
Dalam hening sepi rindu hati tertawa,
Ke renungkan setiap detik amalku padaMu,
Jauh sudah aku dari jalanMu, Mencari jalan pulang menuju jannahMu…


Ya Rabbi….
Aku memohon rahmatMu, Aku memohon hidayahMu, Aku momohon keampunanMu….


Ya Rabbi….
Kau halanglah jiwaku daripada tergoda dengan nafsu syaitan, Kau lindungilah diriku daripada maksiat terhadap diriMu, Kau jagalah hatiku ini daripada terpaling daripada jalanMu…..


Ya Rabbi…..
Kau masukkanlah aku kedalam syurgaMu… Kau tempatkanlah aku bersama-sama orang yang sentiasa mengingatiMu….. Kau teguhkanlah pendirianku agar tidak terjerumus dengan dosa-dosa dan kenikmatan hidup di dunia………


Engkau kabulkanlah doaku….


ameen….ameen….ya rabbal ‘alamin….

Ahad, 21 Mac 2010

YA ALLAH..........

Ya Allah……
jadikan aku diantara ahli syurga,
yang mencintai dan merinduiMu sentiasa,
yang mampu merintih dan tangisi dosa-dosa diri….
Ya Allah……
jadikan aku diantara orang yang lidahnya sentiasa basah dengan Asma-asmaMu,
yang air matanya mengalir karena takut pada azabMu……
Ya Allah…….
jadikan aku diantara orang yang mencintai Mu…
yang imannya kuat padaMu, yang taqwanya tinggi kepadaMu….
Ya Allah……..
bimbinglah aku….
pimpinlah aku.... agar sentiasa bersama dengan islamMu….
Aku hambaMu yang jahil…. berikanlah hidayah dan rahmat kepadaku… agar dapat aku meneruskan jihadku dalam menegakkan agamaMu!!!

APABILA HATIKU MEMOHON....

Ummi…..
Engkau hanya insan biasa,
tapi engkau gagah di mata anak-anakmu…

Ummi….
aku sanjung pengorbananmu,
hidupmu penuh dengan derita,
kau tetap gagah,
walau dicemuh insani….

Ummi….
tatkala engkau kecewa dengan suamimu,
engkau berdiri gagah meneruskan ranjau berduri yang menusuk tajam….

Ummi….
dalam jiwamu penuh dengan luka yang sudah lama berdarah,
kau balutnya dengan kekuatan dan keimanan,
kau selalu berdoa,
dan memohon rahmat Allah…..

Ummi!!!
tegakkanlah!! utuhkanlah!!!
semarakkanlah panji-panji ketaqwaan yang ada pada dirimu!!


Ummi….
dahulunya kau gagah berdiri tidak goyah,
tetapi sekarang,
kau sering sakit,
kau sering lelah,
kau sering merasakan kepedihan dan derita sakit di dunia…..


Ummi…..!!!!
jangan kau tinggalkan kami..!!!
belum sempat aku membalas jasamu dengan kejayaan!!!
belum sempat aku membalas jasamu dengan harapan yang kau impikan!!!
nanti ummi!!!!
jangan tinggalkan aku sendirian!!!


Ummi….
aku tahu kau harapkan aku berjaya….
tak sanggup aku membawa segulung ijazah dan menangis di kuburmu…
dakaplah aku setelah aku berjaya….
jangan kau pergi sebelum aku membawa kejayaan….


Ummi…..
aku tahu……..
setelah perginya kau buat selama-lamanya nanti,
akan aku dipelihara oleh ayah,
dalam pemeliharaan itu,
aku akan dihina,
dicaci,
di maki oleh insan yang pernah membencimu….

Ummi…..
tatkala aku masih berjuang di muka bumi ini,
kau sentiasa memberi kata-kata semangat,
kau asuhku mengejar kejayaan….

UMMI!!!!
BERITAHULAH PADA AYAH!!!!
AKU SAYANGKAN AYAH!!!!
AKU IMPIKAN PELUKAN SEORANG AYAH!!!!
BAWA AKU KEPADA AYAH!!!
AKU INGIN TATAP WAJAH AYAH!!!!
BERITAHU PADA AYAH!!!!
APABILA IJAZAH SUDAH DI TANGANKU, AKU INGIN PELUK TANGIS AYAH!!
BERITAHU PADA AYAH!!!!
AKU INGINKAN KASIH SAYANG SEORANG AYAH!!!!

Sabtu, 20 Mac 2010

Mutiara Iman....

MUTIARA IMAN:

ZUHUD VS CINTA DUNIA

عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضى الله عنه قال : جاء رجل إلى النبى صلى الله عليه وسلم: فقال : يارسول الله دلّني على عمل إذا عملته أحبّنى الله وأحبني الناس. فقال : ازهد فى الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس. حديث حسن.

Dari Abi Al Abbas Sahl Bin Sa’ad Sa’idiy RA, Katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW bersabda : Ya Rasulullah ! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh ALLAH dan dikasihi oleh manusia. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : hendaklah zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi ALLAH, dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia. ( Hadis Hasan )

Ulasan Hadis :

1. Hadis ini menceritakan tentang zuhud. Zuhud yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah zuhud dengan dunia iaitu berpaling dari suatu atau menghendaki kepada suatu kerana nilainya. Menurut istilah syara’ ialah mengambil sekadar yang perlu dari suatu yang diyakini halalnya.

2. Namun istilah zuhud menurut tasawwuf terlalu banyak pengertian dan tafsirannya. Diantaranya ialah : 1) Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya. 2) Meninggalkan kesenangan dunia kerana kesenangna akhirat. 3) Kosongkan hati daripada suatu dan letakkan ianya hanya ditangan. 4) Menghindarkan duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan yang ada.

3. Namun makna yang paling dipersaetujui ulama’ ialah oleh Ibnu Qayyim Al Jauzi : ( Kosongkan hati dari dunia bukan kosong ditangan ) dalam makna yang lain : ( Kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia atau syurga diakhirat kelak kecuali ALLAH ).

4. Manakala zuhud menurut Imam Ghazali ialah : ( Bukanlah orang yang zuhud itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zuhud ialah orang yang tidak bimbang sekirangya hartanya dan seluruh alam ini kepunyaannya) .

5. Sesungguhnya sifat zuhud adalah sifat yang mengandungi suatu pengertian yang sangat beharga dan mulia. Selagimana seseorang itu percaya kepada dirinya dalam urusan dan berlepas harap daripada manusia dan nafsu maka dia kan terpelihara daripada sifat yang boleh merosakkan kehormatanya.

6. Manusia hari ini, berlumba-lumba dalam mengejar dunia, sesama sendiri bermegah-mengah dengan kemewahan yang ada, malah tidak merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak boleh nampak ada orang yang lebih mahu disainginya.

7. Besyukurlah dengan apa yang kita miliki, kerana dunia milik DIA dan seharusnya kita mencintai DIA bukan mencintai duniaNYA.

8. Untuk mengenal diri samada memiliki cinta dunia atau tidak, contohnya; jika kereta (benda atau apa-apa yang kita sayang) yang kita miliki hilang, dicuri atau rosak, maka ketika itu jika ada perasaan sedih, hampa, tidak puas hati dan berkocak dihati dengan sebab kehilangannya, itulah tanda di hati kita ada cinta terhadap dunia....sebanyak mana yang kita sedih dan runsingkannya maka sebanyak itu jugalah akhirat keluar daripada hati kita. WALLAHU’ALAM.

Muntahlah atas tangan Amid

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


17 tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.
Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"
jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"
hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"
pujuk saya lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"
katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"
soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"
balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"
kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya,
biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"
kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,
buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,
"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"
jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek,
mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.
tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.
Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.
Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.
Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.

Ahad, 7 Mac 2010

Siapa kita sebenarnya di sisi tuhan?

Adakah kita.....lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 muharam
Adakah kita.....lebih tahu apa itu 14 fabruari daripada 12 rabiulawal
Adakah kita.....lebih membesarkan hari sabtu dan ahad dari hari jumaat
Adakah kita.....lebih kusyuk mendengar lagu dari mendengar azan
Adakah kita.....lebih suka lepak ,tidur ,tengok tv..dll dari sembahyang dan mengaji
Adakah kita.....lebih tahu tentang artis pujaan kita dari nama nabi2
Adakah kita.....lebih suka menyebut hello! dan hai! dari assalamualaikum
Adakah kita.....lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip hop..dll dari berwirit atau bertahmid
Adakah kita.....lebih suka memuji manusia dari memuji tuhan kita sendiri
Adakah kita.....lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama
Adakah kita.....lebih suka ke konsert dan karoke dari ke ceramah agama
Adakah kita.....lebih suka memaki, mengumpat orang dari memuji mereka
Adakah kita.....lebih suka mencarut dari memuji nama allah
Adakah kita.....lebih suka kemungkaran dari membuat kebaikkan
Adakah kita.....lebih bangga dengan kejahilan dari kita bersyukur dengan keimanan kita
Adakah kita.....lebih cintakan dunia dari cintakan akhirat
Adakah kita.....lebih memilih konsep kepartian dari konsep keislaman
Adakah kita.....lebih suka kepada kezaliman dari keadilan
TETAPI bila orang tanya kemana arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab bahawa......
KITA SEBENARNYA.. ...lebih suka ke syurga dari ke neraka
Layakkah kita berada di syurga milik ALLAH?
Mampukah kita memiliki syurganya?
Wallahua'lam. .....

MENAGAPA AKU DIUJI???

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87

FIKRAH: Tutup aurat sambil lewa undang bahaya

GANGGUAN seksual kerap menjadi trauma kepada wanita berkerjaya. Mangsa dikatakan sering menjadi sasaran lelaki tidak bertanggungjawab untuk kepuasan hawa nafsu sendiri.


Bagi wanita yang berdepan masalah itu dengan rakan sekerja, ia umpama mimpi ngeri apabila setiap kali kaki melangkah tempat kerja.

Mereka bimbang dan takut apabila teringatkan sikap rakan sekerja yang mengganggunya, sama ada dengan melontarkan kata-kata atau perkataan tidak disenangi atau menunjukkan isyarat dan visual berbentuk seksual.

Malangnya, dilema itu sukar dihindarkan, terutama jika membabitkan seseorang yang berkedudukan kukuh dan mempunyai pengaruh kuat di tempat kerja.

Akhirnya, dalam kebanyakan kes gangguan seksual di tempat kerja, wanita yang menjadi mangsa membuat pilihan mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa tindakan terhadap perbuatan menjijikkan itu.

Gangguan seksual bukanlah masalah baru yang menimpa golongan wanita. Sebaliknya jenayah itu berlaku sekian lama, samalah dengan kejadian rogol, cabul kehormatan dan pembunuhan kejam yang rata-rata membabitkan mangsa wanita.

Senario jenayah sosial yang berlaku kebelakangan ini sepatutnya difikirkan bersama oleh seluruh masyarakat tanpa mengira pangkat, kedudukan, agama dan bangsa.

Dalam mencari jawapan terhadap kemelut itu, banyak cadangan dikemukakan, termasuk mewujudkan pelbagai peraturan bagi membendung sebarang peri laku yang boleh mengancam kedudukan wanita.

Bagaimanapun, di sebalik menghukum dan mengkaji peri laku penjenayah itu, setiap wanita tidak terkecuali untuk memikirkan beberapa faktor yang mendorong berlakunya jenayah berkenaan.

Sebenarnya, sikap segelintir wanita juga memberi ruang kepada berlakunya jenayah terbabit.

Umpamanya, ada segelintir wanita yang sengaja mempertontonkan tubuh mereka kepada umum atau dalam erti kata lain mendedahkan aurat. Ini kerana wanita berkenaan tidak menyedari had atau batasan di sisi agama serta pantang larang adat dalam sesebuah masyarakat.

Sungguhpun menutup aurat, masih ada juga yang tidak memahami konsep sebenar menutup aurat seperti mana yang dianjurkan syarak. Mereka menutup aurat pada bahagian tertentu tetapi, pada masa sama mendedahkan pula bahagian anggota tubuh lain. Ada yang mendakwa menutup aurat tetapi masih memakai pakaian ketat hingga menampakkan susuk tubuh.

Perubahan masa turut mengubah trend menutup aurat di kalangan wanita ketika ini. Pelbagai jenis tudung, baju dan jubah diperagakan, tetapi adakah ia memenuhi tuntutan sebenar menutup aurat menurut Islam?

Sebenarnya suasana seperti ini sudah pun dijelaskan Rasulullah saw mengenai keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menghayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta.

“Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium wangiannya. Sesungguhnya bau wangian syurga itu sudah tercium dari perjalanan sangat jauh daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebenaran hadis yang diucapkan Rasulullah ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat hari ini, terutama terhadap golongan kedua iaitu ramai perempuan berpakaian tetapi bertelanjang.

Maknanya, golongan ini, jika hendak dikatakan berpakaian pun boleh kerana masih ada pakaian yang menutupi badannya. Jika hendak dikatakan bertelanjang pun boleh kerana walaupun berpakaian, tetapi hanya dengan secebis kain saja.

Golongan kedua ini juga termasuk mereka yang berpakaian sangat nipis hingga menampakkan warna kulit badan.

Sesungguhnya, sikap segelintir wanita yang tidak memahami tuntutan dalam menutup aurat ini tentu akan mendedahkan diri mereka kepada bahaya lelaki bersifat kehaiwanan yang sentiasa mencari peluang untuk memuaskan nafsu.

Yang pasti, menutup aurat mengikut kehendak Islam adalah langkah pencegahan yang digariskan Islam bagi membendung jenayah seksual.

Kita perlu sedar, untuk memantau jenayah dan gangguan seksual secara menyeluruh adalah satu tindakan sukar. Ini kerana pihak berkuasa tidak mampu menempatkan pegawainya untuk memerhati seseorang di setiap tempat dan sepanjang masa, demi mengelak berlaku sesuatu jenayah.

Pelbagai cara sudah diambil oleh kerajaan untuk mencegah kejadian ini. Namun, apalah gunanya jika wanita sendiri tidak mengambil kisah untuk menjaga penampilan diri demi maruah serta harga diri.

Paling penting, amalan menutup aurat hendaklah digalakkan dalam sebarang kempen pencegahan jenayah dan gangguan seks di kalangan kaum wanita.

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku!!!

Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Apabila Hidup Tiada Keberkatan....

ORANG tua-tua selalu berpesan, biar gaji (pendapatan) kecil tetapi hidup penuh keberkatan (barakah). Keluarga yang ketuanya bergaji kecil tetapi hidup barakah, hidupnya sentiasa mencukupi, tidak mengeluh-ngeluh malah dapat membantu orang lain pula.

Berlainan pula orang yang bergaji besar tetapi hidupnya tiada barakah. Hidupnya penuh keluh-kesah, baru setengah bulan gajinya sudah habis, untuk meneruskan penghidupan, dia berhutang di sana sini. Hidupnya tiada barakah, mungkin disebabkan pendapatannya daripada sumber haram atau syubahat.

Orang yang hidupnya mempunyai keberkatan akan membelanjakan pendapatannya di jalan yang diredai Allah. Setiap sen yang dititipkan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Misalnya dia akan membelanjakan pendapatannya untuk menampung diri, keluarga, mengeluarkan zakat, kemudian membeli sedikit sebanyak harta seperti kenderaan, rumah atau tanah, seterusnya bersedekah atau untuk mengeratkan siraturahim sesama keluarga dan jiran tetangga, sesekali dia mengadakan kenduri. Dia juga dapat menabung dan akhirnya berjaya menunaikan haji sekalipun kosnya amat besar.

Orang yang hidupnya tiada keberkatan pula akan menghamburkan duitnya untuk tujuan sia-sia, misalnya berparti ke sana sini dengan minuman keras di tangan atau berjudi, tidak mengeluarkan zakat apatah lagi untuk bersedekah dan gemar sekali melonggokkan harta dengan jalan salah seperti menipu, merasuah, membunuh, merompak dan sebagainya. Akhir hidupnya dia akan menjadi perogol, pembunuh, perasuah dan sebagainya.

Orang yang mempunyai keberkatan hidup akan sentiasa sayang menyayangi sesama insan. Jika dia orang kaya dia adalah orang kaya disayangi jiran tetangga sekalipun si jiran orang miskin kerana dia sering bersedekah dan membantu mereka, malah tidak sombong pula.

Jika dia orang miskin, dia reda dengan kemiskinannya dan mempunyai harga diri menyebabkan dia tidak suka meminta-minta. Dia pun tidak sombong malah sedia mengorbankan tenaganya sebab dia sedar dia kekurangan dari segi harta benda.

Selalunya apabila bercakap mengenai keberkatan, kita selalu memperkatakan tentang diri seseorang atau keluarganya. Jarang benar kita menyoroti erti barakah membabitkan kelompok lebih besar seperti masyarakat dan negara.

Jika negara kita mempunyai pendapatan berbilion-bilion dolar, ertinya negara kita adalah negara kaya sama seperti sebuah keluarga yang kaya (demikian kita dihebohkan melalui keuntungan Petronas dan sebagainya), pembaca boleh membuat penilaian sama ada negara kita ini penuh keberkatan atau tidak.

Sama seperti sebuah keluarga yang hidup penuh keberkatan jika ahlinya dapat hidup dalam keadaan mencukupi (tidak berhutang ke sana sini), adakah negara kita juga dapat hidup dalam keadaan yang serba mencukupi? Kenapa pula negara kita sibuk berhutang ke sana ke sini?

Jika sebuah keluarga dikatakan hidup penuh keberkatan jika ia dapat memuaskan hati semua anggotanya dari segi pemberian nafkah dan keperluan hidup, adakah negara dapat memuaskan majoriti rakyat dari segi nilai penghidupan mereka?

Mengapa akhir-akhir ini rakyat semakin keras keluhan mereka, barangan keperluan semakin meningkat, harga minyak naik mendadak, kadar tol turut meningkat (10 peratus) manakala akhir-akhir ini terdengar ura-ura untuk mengenakan bayaran ubat-ubatan di hospital kerajaan?

Sebuah keluarga yang barakah tidak akan sesekali menindas ahlinya malah ia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain pula. Sesebuah keluarga yang hidup barakah juga tidak akan membazirkan wang dengan sia-sia sebaliknya tahu kewajipannya untuk membayar zakat, cukai, segala macam bil dan sebagainya.

Jika demikian ukurannya, mengapa pula negara membazirkan wang rakyat dengan pelbagai macam pesta, membakar bunga api bernilai jutaan ringgit, mengadakan jamuan di sana, jamuan di sini sedangkan orang yang hadir itu sebenarnya tidak lapar dan bukannya miskin pula!

Jamuan dan pesta hari ulang tahun kelahiran VIP adalah tidak perlu, orang yang diraikan sudah cukup makan, yang tidak cukup makan ialah rakyat-rakyat miskin, anak-anak petani, nelayan dan anak-anak mangsa tahanan ISA nun jauh di ceruk kampung di pedalaman.

Ada pula pesta peragaan pakaian dan tarian yang sudah tentu wang kosnya diambil daripada khazanah negara yang membabitkan wang si petani, nelayan, pekedai, penoreh getah, pekebun kelapa sawit dan sebagainya yang membayar cukai tanah dan pelbagai lesen.

Sebenarnya rakyat miskin bukan lapar untuk makan di Jamuan Hari Raya, Deepavali atau Krismas Kebangsaan tetapi mereka mengeluh dan terpaksa mengerah tenaga dan menyabung nyawa di laut untuk menyekolahkan anak, membesarkan mereka agar menjadi 'orang' pada masa akan datang.

Jika dalam sesebuah keluarga, pada zahirnya keluarga yang tiada keberkatan ialah yang porak-peranda, anak tidak mendengar cakap ibu bapa, isteri dan suami selalu bertekak, anak isteri terbabit dengan maksiat, pendeknya keluarga ini tidak mengendahkan perintah Allah SWT.

Berdasarkan gejala keruntuhan akhlak yang semakin teruk di kalangan masyarakat sekarang ini manakala jenayah seperti bunuh, rogol, ragut dan rasuah semakin berleluasa, di mana sebenar kedudukan negara kita, penuh keberkatan atau penuh...?

Ini belum diambil kira kedudukan negeri-negeri yang dilaporkan muflis sana, muflis sini. Oleh itu, marilah sama-sama kita jawab persoalan ini dengan jujur dan kemudian bertindak segera untuk membetulkan keadaan...

Pemuda beribu bapakan khinzir....

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Kisah Neraka Jahannam...

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Kisah Nafsu dan Allah...

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

AKIDAH USULUDDIN

Allah Melaknat Orang Yang Makan Riba
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.”





Huraian
i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.
ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.
iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud ‘az ziadah’ (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.
iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :“Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)” al-Baqarah : 275) Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.
v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.
vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.
vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.

(Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Menjauhi Tujuh Dosa Besar...

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

(Riwayat Muslim)



Huraian
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.

(Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Selasa, 2 Mac 2010

Aurat Wanita.....

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).