Selasa, 15 Jun 2010

Hati di Atas Kertas

Ku lukis wajahmu di atas senja.
Ku ingin kau tahu rasa yang ada.
Temani air mata ku...
Hinggapi sepi-sepi...
Berikan bahagia...
Cinta ini akan membawa kita kembali menuai rindu.
Lama sudah kita bepisah.
Izinkanlah aku berbisik merdu.
Bahwa aku masih mencintaimu.

Ahad, 13 Jun 2010

KETIKA SENJA MERONA...

ketika senja merona,
Kerana terluka,
Tapi hujan turun,
Menciptakan pelangi ditengah gurun,
Walau pun
Telah berkali-kali hujan titipkan pesan
Untuk sang senja,
Namun angin selalu saja menyamarkannya,
Saat kehadiran hujan,
Benar-benar telah dirasa,
Saat senja tiba,
Kini senja itu tak memekikan rasa,
Bagi sang hujan yang mencintainya,
Kini kehadiran hujan,
Menciptakan keresahan,
Untuk sang senja,
Yang mulai mencintainya,
Apakah sang hujan mengerti,
Isyarat rasa yang tertulis dibalik bilik jendela,
Saat dunia dipangkuan senja,

Jumaat, 11 Jun 2010

KETIDAKPUASAN HATI....



Hidup di dunia kalau niat bukan kerana nak berjuang demi Allah, janganlah nak tunjuk baik depan keluarga. Tolonglah!!!

Di sini saya ingin menyuarakan sedikit ketidakpuasan hati yang lama memberontak. Manusia mempunyai pelbagai ragam. Ada yang baik, dan ada yang buruk. Hari tu ada sekali intai profile facebook seorang hamba Allah ni. Punya lah dingin bercinta. Yang tak tahannya sebab dia belum kahwin. Create akaun facebook semata-mata nak menunjuk-nunjuk yang dia akan kahwin tak lama lagi. Bahasa panggilannya bukan main 'feeling' sesama mereka. Punya main asyik bercinta. Dah tau bercinta sebelum nikah tu haram, kenapa buat sedangkan Mujahidah tu belajar tinggi-tinggi. Belajar tinggi mana pun, kalau segala ilmu yang dipelajari tu dilupakan tanpa diamalkan, tak ada manfaatnya. Satu hari saya tanya, "hubungan kalian ni direstui?". Jawab sang mujahidah "Tidak, kedua orang tua mujahid tidak suka dia bercinta dengan ana."
Hmmmm... Cubalah kita renungkan bersama. Wujud dan lahirnya kita ke dunia ini kerana adanya seorang ayah, dan adanya seorang ibu. Bukankah setiap yang kita lakukan harus ada restu daripada mereka???


Apa nak jadi dengan wanita-wanita zaman sekarang ni!!!
Sedih saya tengok. Nak menitis air mata ni. Kalau cintakan ilmu, tolonglah jangan buat macam ni. Merosakkan fikiran. Ini ke yang akan ditonton orang-orang muda akan datang? Ini ke yang akan menjadi 'penguat semangat' golongan yang kurang arif?
TIDAK sama sekali!!! Secantik mana pun seorang wanita itu, tetapi kalau punya akhlah yang tidak secantik dan seindah wajahnya yang sering ditonton itu, tiada ertinya 'cantik' itu pada Allah.

Jadi, marilah kita sama-sama mengubah diri masing-masing. Carilah kekurangan diri dan perbaikilah mana yang mampu. Usahalah untuk mendapat yang terbaik kerana yang terbaik itu akan membuatkan kita menjadi lebih baik. Kita hidup berlandaskan Alquran dan As-sunnah. Bukan berlandaskan alam maya.

Sekian...Assalamualaikum

Pagi ahad 6 Jun 2010

Assalamualaikum...
Tarikh itu pasti tiba. Tiada yang benar2 berani untuk lalui. hari itu adalah MAUT. Maut datang tiada siapa yang menjangkakannya.

Pagi ahad 6 Jun 2010, saya terima panggilan daripada seorang doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Teruja dengan apa yang disampaikan. Tarikh keramat yang menjadi mainan dalam minda. Tarikh keramat itu mungkin mampu mengubah hidup ini yang telah lama sengsara, dan mungkin juga akan mendatangkan bahaya. Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa dan memohon padaNya.

Memang susah untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan hidup dan mati. Tapi keputusan yang saya lakukan ini mungkin adalah yang terbaik. Sebulat suara, saya umumkan yang saya tidak akan berdepan dengan tarikh tersebut. Tarikh tersebut adalah tarikh pembedahan untuk membuang tumor yang wujud di otak yang kadang kala membuatkan hati tak tenang.

Ya!!! keputusan ini sememangnya dijangkakan. Apa salahnya? Allah kan ada.
Bukan berputus asa, tapi tak berani ambil risiko yang tinggi. Bagi yang tak puas hati dengan keputusan ni, maaflah. Tapi ini yang pasti.!!!

Coretan terpaksa dinoktahkan dahulu. Salam ukhuwah buat yang sedang membaca, salam jihad fi sabilillah! Jangan kita lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia yang sementara. Carilah kebaikan dunia dan akhirat. Ingat! Masa itu ibarat nyawa, tidak akan kembali. Macam mana canggih pun alat-alat yang wujud, tak akan mampu menandingi kekuasaan Allah. Sedarlah wahai insan! Assalamualaikum

Isnin, 7 Jun 2010

Anas Bin Malik

Anas bin Malik baru berusia 10 tahun ketika beliau mula berkhidmat dengan Nabi Muhammad. Jangka masa beliau tinggal bersama nabi genap 10 tahun. Anas peka dengan hadis yang disampaikan oleh baginda. Banyak kisah, keadaan, rahsia dan sifat mulia nabi yang tidak diketahui oleh orang lain.

Sewaktu kecil, ibunya Ghumaisho’ telah mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Jiwanya dipenuhi dengan rasa cinta terhadap Rasulullah berkat didikan ibunya. Ketika Kota Yathrib dikejutkan dengan berita kedatangan baginda, hati dan perasaan untuk berjumpa dengan baginda semakin kuat.

Rasulullah memanggilnya Unais atau wahai anakku. Terlalu banyak ilmu dan nasihat serta peringatan yang disampaikan oleh baginda kepada Anas sehingga semuanya memenuhi dada dan menguasai mindanya.

Selepas kewafatan baginda, Anas hidup lebih 80 tahun selepas itu. Antara doa baginda kepada beliau ialah : “Ya Allah, kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah”. Allah telah memakbulkan doa tersebut dan beliau telah menjadi orang Ansar yang mempunyai bilangan anak yang paling ramai, paling kaya dan mendapat umur yang panjang. Anas hidup sehingga usianya 103 tahun.

Anas bin Malik merupakan perawi ketiga terbanyak yang meriwayatkan hadis nabi selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar

Uwais Al - Qarni

Uwais merupakan seorang pemuda yang telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah. Beliau berasal dari daerah Qaran di negeri Yaman dan wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.

Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi Muhammad namun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda. Hanya setelah kewafatan Nabi, beliau sempat berjumpa dengan Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib.

Uwais merupakan seorang pengembala kambing. Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud, Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana terkena batu yang dilempar oleh musuh-musuhnya. Hal ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW sekalipun dia belum pernah melihat atau bersua dengannya. Beliau SAW bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (saidina Ali k.w. dan saidina Umar r.a.) bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib iaitu khalifah yang sah pada ketika itu dalam Peperangan Siffin yang diketuai Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.

TERDAHULU MEMBERI SALAM

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir disisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka) – Hadith riwayat Abu Daud

Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasululllah s.a.w bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat takabbur. – Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai. -Hadith riwayat Bukhari