Jumaat, 4 Mac 2011

Surat Buat Suami


Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Salam ya habibi...

Kumulakan warkah ini dengan bait indah
yang ditinggalkan Rasulullah saw
kepada seisi alam.
Wanita solehah!
Idaman semua muslimin di alam maya
ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam
yang kita cintai, pilihlah wanita yang
mampu menyejukkan pandanganmu dan juga
baitul muslim yang bakal dibina tika
sampai saat itu, insyaAllah.

Dinikahi seorang wanita itu kerana
empat perkara hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka
pilihlah hal keagamaannya, maka
beruntunglah kedua-dua tanganmu...

Wanita solehah idaman mujahid soleh
yang malunya menjadi perisai dirinya
yang zikirnya menjadi penawar dirinya
tak gentar di acah mehnah duniawi
kerana dia rindukan wangian syurgawi
dia berpegang pada janji yang terpatri
di lubuk hati...

Telah dinukilkan panduan sepanjang
zaman, itulah lirikan utama buatmu
memilih calon isteri. Tiap baris itu
telah menjadi hafalanku sejak aku
mengenali dunia baligh ini...

Jika harta yang kau idamkan,
ketahuilah diriku tidak punya apa-apa
harta di dunia ini melainkan ilmu
agama yang telah dititipkan buatku
oleh mak dan ayah. Tiada harta untuk
kupersembahkan…hanya ketenangan yang
mampu aku sediakan buatmu kerana aku
pernah terbaca kata-kata...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan
Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikannya
di antaramu rasa kasih dan sayang....
(Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau
dambakan, ketahuilah jua aku di bawah
pengawasan Allah sebagai penjaga
mutlak diriku. Aku adalah keturunan
mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda
Hawa as, sama seperti mu.

Maka bertawakkallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah mengasihi orang
yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah
menolong kamu maka, tiada seseorangpun
yang boleh menghalang kamu, dan jika
ia mengecewakan kamu, maka siapakah
yang dapat menolong kamu sesudah Allah
(menetapkan demikian) ? dan ingatlah
kepada Allah jualah hendaknya orang
yang beriman itu berserah diri...
(Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama
setiap insan. Malah aku meyakini
bahawa kau juga tidak terlepas seperti
insan yang lain. Ketahuilah, jika
kecantikan itu yang kau inginkan
daripada diriku, kau telah tersalah
langkah. Tiada kecantikan yang tidak
terbanding untuk kupertontonkan
padamu. Telah aku hijabkan kecantikan
diriku ini dengan amalan ketaatan
kepada tuntutan agama yang kucintai.
Kau hanya membuang masa jika kau
menginginkan kecantikan lahiriah
semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-
samaku menegakkan dakwah islamiyyah
ini, dan aku merelakan diri ini
menjadi penolongmu untuk membangunkan
sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke
arah jihad hambaNya kepada Penciptanya
yang agung. Pendirianku…pernikahanku
akan ku jadikan medan pencarian ilmu
agama sebagai risalah demi meneruskan
perjuangan Islam. Aku masih kekurangan
ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu
agama yang telah dibekalkan ini. Aku
ingin menjadi isteri yang sentiasa
mendapat keredhaan Allah dan suamiku
untuk memudahkan aku membentuk usrah
muslim antara aku, suamiku dan anak-
anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan
kepada Allah Yang Maha Esa. Aku
bercita-cita bergelar pendamping
solehah, seperti mana yang dijanjikan
Rasul,

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia
kepada lelaki yang bangun di tengah
malam lalu dia sembahyang dan
membangunkan isterinya, maka sekiranya
enggan juga bangun untuk
bersembahyang, dia merenjiskan air ke
mukanya. Semoga Allah memberi rahmat
kurnia kepada wanita yang bangun di
tengah malam lalu bersembahyang dan
membangunkan suaminya. Maka jika dia
enggan, dia merenjiskan air
kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan
Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau
akan tahu hakikat diriku dan dirimu
dipertemukan oleh Allah atas namanya
pertemuan.

Hai sekalian manusia, bertakwalah
kepada Tuhanmu yang telah menciptakan
kamu dari diri yang satu, dan
daripadanya Allah menciptakan
isterinya; dan daripada keduanya Allah
memperkembangbiakkan lelaki dan
perempuan yang banyak. Dan bertakwalah
kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) namaNya kamu saling
meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu... (An Nisa:1)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki)
atas sebahagian yang lain (wanita),
dan kerana mereka (lelaki) telah
menafkahkan sebahagian
dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia
katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku
meyakini bahawa engkau adalah pemimpin
untukku. Jadikanlah suatu pernikahan
itu sebagai asas pembangunan iman dan
bukannya untuk memuaskan bisikan
syaitan yang menjadikan ikatan
pernikahan sebagai tunjang nafsu
semata-mata. Moga diriku dan dirimu
sentiasa didampingi kerahmatan dan
keredhaanNya. Lakukanlah
tanggungjawabmu itu dengan syura
kesabaran, qanaah ketabahan moga kita
akan menjadi salah satu daripada
jemaah saf menuju ke syurga
insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran
bersusun, mas kahwin yang hanya akan
menyebabkan hatiku buta dalam menilai
erti kita dipertemukan oleh Allah atas
dasar agama. Cukuplah seandainya,
maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran,
kerana aku meyakini Qalam itu mampu
memimpin rumahtanggaku dalam meraih
keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang
bersifat sementara. Bantulah aku dalam
menjayakan agama Allah, kerana ia
adalah laluan untuk aku menyempurnakan
separuh daripada agamaku, insyaAllah.
Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu
bapa dan orang sekelilingmu, itulah
yang aku harapkan daripada kekayaan
duniawi yang kau sediakan.

“Tidak lagi wujud keborosan dan
kebakhilan kerana semuanya berada di
dalam udara Qana’ah (berpuas hati
dengan apa yang ada), redha dan yakin
bahawa dunia ini bukanlah negara
Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga
Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu
sebulan demi sebulan, pernah dapurnya
tidak berasap kerana tidak ada bahan
makanan yang dapat dimasak. Walaupun
demikian susahnya, rumahtangga
Rasulullah s.a.w tetap menjadi
rumahtangga yang paling bahagia yang
tidak ada tolok bandingnya hingga ke
hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan
redhaMu.::.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan