Selasa, 20 Julai 2010

Derita itu belaian....

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama tak buka cerita pasal kehidupan seharian ni. Almaklumlah kesibukan yang melanda diri sukar untuk dielakkan. Walau macam mana sibuk pun, Allah tetap yang utama.

Apa yang saya nak cerita ni, untuk renungan diri sendiri yang masih kurang bekalan untuk kembali pada Pencipta juga. Pagi tadi, orang lain sibuk riadhah, saya dan seorang sahabat (nama dirahsiakan) duduk tepi longkang cerita-cerita lah tentang perangai seorang sahabat. Tiba-tiba pula boleh masuk tajuk lain.

Cerita punya cerita, tiba-tiba dia bagi tahu yang dia sakit. Saya pun apa lagi, mula lah tanya macam-macam soalan. Akhirnya, dia cakap, dia hidap hepatitis B. Saya dengan muka yang tak tahu nak cakap apa, tersentap dengan apa yang dia cakap. Sungguh saya tak sangka, seorang teman yang selama ni amat periang, rupa-rupanya ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Kami pergi mana-mana mesti bersama. Orang kata kami kembar 3, ada yang cakap macam blankas. Kami dah macam adik-beradik. Lepas dia cakap yang dia menghidapi penyakit tu, saya pun mula cerita apa yang saya alami. Saya sebagai salah seorang daripada sahabat dia amatlah bimbang kalau ada apa-apa terjadi.

Allah menguji hamba-Nya kerana Dia menyayangi hamba-Nya itu. Tidaklah Allah menguji manusia melebihi kemampuannya sendiri. Sabar adalah kunci segala ketenangan. Allah mengasihi hambaNya yang sabar. Buat teman yang saya maksudkan, bersabarlah kamu dengan apa yang Allah dugakan. Terimalah qada' dan qadar Allah dengan redha seikhlas hati. Allah itu Maha Adil, tentu ada kemanisannya dalam setiap ujian yang kita tempuhi. Jangan pernah menyerah kalah dengan dugaan yang Allah datangkan pada kita.

Kesimpulannya, kita sebagai hamba yang mengaku beriman, tambah-tambahlah amal kita untuk kembali pada Pencipta kita yang Agung. Jangan sekali kamu leka dengan kenikmatan dunia yang cukup lembut belaiannya.

Ini saja lah yang ingin saya katakan. Semoga kita mengambil ikhtibar dengan setiap kejadian yang Allah datangkan pada kita. Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan