Sabtu, 17 Julai 2010

Soal Nabi kepada iblis...

"Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku?" Maka sembah iblis: "Adalah umat tuan hamba itu kepada hamba ada 3 macam -1)Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuh-tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata jibril alaihi salam: "Ada pun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat", 2) Umat tuan hamba itu seperti tanah iaitu orang sabar, syukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal yang soleh dan tawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan 3) Umat tuan hamba itu keadaannya seperti Firaun terlampau sangat tamak dengan harta dunia dihilangkan amal akhirat. Maka suka citalah hamba kepadanya lalu hamba masuk ke dalam tubuhnya, hamba putar hatinya menuju ke lautan derhaka. Apabila telah tetap pada jalan kejahatan hamba hela barang ke mana kehendak hamba, jadi sentiasa ia bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan pada beramal, tiada mengeluarkan zakat hartanya dan setengah yang miskin hendak beribadat, hamba goda ia biar kaya dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan cita-citanya mendapat kesenangan maka dilupakannya berbuat amal tiada mahu mengeluarkan zakat hartanya seperti Qarun dengan mahligainya dan dirinya serta harta bendanya habis terbenam ke dalam bumi kerana ianya tiada mahu membelanjakan pada tiap-tiap jalan yang memberi kebajikan dan jika kena sakit tiada sabar, ia sentiasa berbimbang hatinya akan hartanya dan setengahnya yang kaya asyik dengan berebut dunianya, cakap besar kepada sesama islam dan benci kepada yang miskin dan menghinakan kepada mereka itu dan gemar mengeluarkan hartanya kepada berbagai-bagai jalan yang maksiat dan menaburkan hartanya kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan kelab-kelab.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan