Sabtu, 3 Julai 2010

SAYANGILAH DAKU DALAM SEGALA KEADAAN

Bersyukur pada Allah S.W.T kerana masih mampu bernafas di bumi Allah yang sementara ni... Assalamualaikum pembuka bicara... Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat dan kasih-Nya...

Khamis ni, 8 Julai 2010 genaplah 3bulan arwah Sheikh Muhammad Siddiq Qushri pergi. Al-fatihah buat arwah. Arwah menghidapi dua jenis penyakit berbahaya. Kanser usus dan barah otak. 6 tahun arwah hanya duduk di atas kerusi roda bertemankan al-quran 24jam. Arwah meninggal 3jam selepas menjalani pembedahan.

Masa arwah masih bernyawa, arwah memang seorang yang tabah. Seorang yang pendiam, tetapi diamnya penuh dengan seribu makna. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya, setiap kata-kata yang terucap dari bibirnya penuh dengan kemanisan iman. Saya akui, arwah memang seorang yang budiman. Walaupun berkerusi roda, arwah mempunyai semangat yang kuat.

Pesan terakhir arwah pada saya, "bercinta biarlah setia, sesetia siang pada malam, sesetia abg pada kamu". Hingga kini, saya kuat berpegang dengan kata-kata arwah. "Jika ada yang bertanya, gilakah kamu bercinta dengan orang yang telah tiada, katakanlah apa yg telah abg katakan".

Benarlah kata arwah, bercinta biarlah setia. Kini, cintaku sepenuhnya hanya pada Allah. Hidup dan matiku kerana Allah. Kepergian arwah masih terasa hingga kini. Namun siapalah kita sebagai manusia untuk mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa.


YA ALLAH, DENGAN KEMULIAAN-MU,
SAYANGILAH DAKU DALAM SEGALA KEADAAN,
KASIHI DAKU DALAM SEGALA PERKARA,
KEPADA SIAPA LAGI SELAIN ENGKAU
AKU MEMOHON DIHILANGKAN KESENGSARAANKU,
DAN DIBERKATI SETIAP URUSANKU.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan